Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Friday, April 30, 2010

(SEMPENA HARI PEKERJA)DARIPADA PENGEMBALA KAMBING KEPADA 'AMILIN ISLAM

Pada 1 Mei nanti merupakan sambutan hari pekerja yang memberi makna dan simbolik yang cukup besar kepada para pekerja seluruh dunia.Dunia pekerjaan ini cukup luas daripada tukang sapu,mat despat,petani,nelayan,guru sehinggalah pegawai besar.Semuanya memberi sumbangan berdasarkan kepakaran masing-masing.Jangan kita memperlekehkan walaupun seorang tukang sapu kerana tanpa mereka tentu tiada orang yang akan membersihkan sampah.Begitu juga seorang nelayan yang mengharungi samudera dan panas terik demi membekalkan ikan kepada orang lain.Dengan titik peluh ini juga mereka memberi makan dan membesarkan anak-anak sehingga menjadi pelajar yang cemerlang.Siapa tidak kenal Madihah,pelajar terbaik SPM yang ayahnya hanya bekerja sebagai nelayan.Bahkan ramai yang berjaya dalam bidang akademik merupakan anak-anak petani dan penoreh getah.Apapun pekerjaan dan bermanfaat merupakan pekerjaan yang mulia.Saya tidak pernah terfikir kerjaya sebagai tukang baiki kasut sehingga kasut saya terkoyak.Maka saya mencari tukang kasut di tepi-tepi koridor untuk membaikinya.Kalau tidak terpaksa saya keluarkan duit yang lebih untuk membeli kasut baru.Begitu juga pada suatu hari di Kedah pernah saya menaiki moto dari kulim ke Alor Setar yang jaraknya lebih 90km yang mana tayar moto saya pancit.Puas saya mencari kedai moto.Kebetulan hari itu ada kedai moto yang bercuti sehingga saya akhirnya berjumpa kedai yang jaraknya sangat jauh.Pada hari itu baru saya sedari betapa pentingnya mekanik moto.Tanpa mereka agak sukar perjalanan semua orang.Oleh itu janganlah kita memperkecilkan mereka yang berniaga kecil-kecilan di tepi jalan demi mencari sesuap nasi.


PENGEMBALA KAMBING

Namun begitu kita digalakkan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki.Mungkin waktu kecil-kecil dulu kita masih ingat bahawa kita pernah diberi tugasan atau pekerjaan oleh mak atau ayah membeli kicap atau bawang di kedai ataupun menjaga adik yang masih kecil.Ada yang tolong kutip susu getah atau memberi makan kepada ayam.Saya masih ingat sewaktu umur saya 4 atau 5 tahun kerjaya saya adalah sebagai seorang pengembala kambing.Bukan part-time tapi full time.Susah nak percaya tapi itulah realitinya.Mungkin antara pengembala kambing termuda di Malaysia ketika itu.Hal ini kerana kambing itu milik bapa saudara saya yang berada jauh kerana mempunyai pekerjaan tetap.Maka sebagai anak lelaki sulung keluarga sebelah mak terpaksa saya mengambilalih menjaga kambing yang hampir 50 ekor.Kerjaya saya bermula pada pukul 9.30 atau 10 pagi dengan menaiki basikal cabuk warisan turun temurun melepaskan kambing daripada kandang yang tidak jauh dari rumah saya dan rumah datuk.Kambing-kambing ni saya bawa ke kawasan kelapa sawit dan padang yang hampir dengan hutan.Pukul 12 saya balik rumah semula untuk makan,solat dan mandi Pukul 2 saya datang semula untuk tengok kambing.Takut pi tempat yang jauh susah nak panggil balik nanti.Kemudian pukul 4 rumah semula untuk rehat dan solat.Kalau tak balik solat alamat kena rotan dengan mak,tok atau makcik-mak cik saya yang tegas dengan soal ini.Apatahlagi waktu tu memang liat nak solat.Lebih baik tak balik,boleh gak mengail ikan kt parit ataupun main layang-layang kat tepi padang.Kemudian kul 6 plak baru saya gi cari kambing yang memang x boleh duduk diam.Kadang-kadang sampai maghrib baru dapat bawa semua masuk kandang balik.Apa lagi balik memang kena berleter dengan mak la.Setiap hari saya kena kira kambing yang masuk kandang kalau tak cukup terpaksa pi cari petang tu jgak atau esok pagi.Terima kasih Mak Lang dan Mak Cik tolong ajar kira 1 sampai 50.Tapi itulah kerjaya saya ketika itu.Apapun saya sangat gembira menjadi seorang pengembala walaupun agak mencabar.Bayangkan kadang-kadang saya berhadapan dengan sekumpulan anjing liar,babi hutan,ular dan kera-kera liar.Tapi yang saya paling takut adalah lembu yang mempunyai anak kecil dan anjing liar.Senjata utama saya ialah lastik yang ibarat pistol bagi saya.Kadang-kadang ada sahaja idea untuk cipta senjata daripada adunan lidi kelapa sawit dan getah bulat.Takut punya pasal.Mahu tak takut pernah dikejar anjing liar sampai 2 hari trauma nak pi hutan.Begitulah dugaan menjadi seorang pengembala.Tetapi pengalaman ini telah mengajar saya banyak benda antaranya melatih menjadi orang yang tabah dan sabar.Sabar melayan kerenah kambing-kambing yang tak faham bahasa.Melatih menjadi anak muda yang lasak dan berani.Berani berhadapan dengan suasana genting dan paling penting telah mengajar saya tentang alam ciptaan Allah yang penuh keajaiban.Kadang-kadang saya terfikir hikmah Rasulullah S.A.W menjadi pengembala kambing sewaktu kecil.Mungkin sebagai persediaan untuk melayan kerenah masyarakat jahiliyah yang kejahilan mereka sama dengan binatang yang tak tahu apa-apa.Sewaktu masuk sekolah rendah saya terpaksa bahagi-bahagikan masa tapi x da masalah kadang-kadang xda kelas sebelah petang.Kerja full time saya sebagai pengembala kambing berakhir apabila saya sambung belajar sekolah menengah di negeri Perlis.

Bersama Mak Jang dan kambing-kambing sewaktu umur 3 tahun..permulaan karier sebagai seorang pengembala kambing.(Gambar lama yg di scan)


Waktu malam kena mengaji Al Quran

Hmm…waktu kecil asyik lari daripada anjing dan kejar kambing tapi bila masuk Sek Men berjaya dapat no 3 merentas desa dan jadi wakil sekolah ke peringkat negeri Perlis.Berbaloi gak dikejar anjing dulu….


PENJUAL SAYUR DAN PENGUTIP GETAH

Pekerjaan saya sebagai peniaga sayur dan pengutip susu getah bermula apabila Pak Ngah saya meminta menolongnya pada waktu cuti kerana saya tinggal di asrama.Saya mengutip susu getah seawal 6.30 atau 7.00 pagi selepas ditoreh.Ratusan pokok juga nak kena ambil susunya.Kemudian pada pukul 2 petang hingga 10 malam menjual sayur di tepi jalan.Hampir 30 jenis sayuran saya perlu kenal beserta harga semasa yang saya perlu update setiap hari berdasarkan harga pasaran.Saya mendapat RM15 atau RM20 setiap hari sebagai upah.Kecekapan mengira menggunakan timbangan amat penting disamping mengingati harga semasa setiap barang.Saya diajar supaya menjual sayur yang betul-betul elok sahaja dan elakkan atau melebihkan harga atau timbangan.Kata Pak Ngah biar untung sikit tapi berkat dan bercakap jujur dengan pembeli.Menjadi penjual sayur mengajar saya mengenali pelbagai jenis sayur dan ulam serta mengehtahui harga pasaran sayuran dan yang paling penting bagaimana cara berniaga serta untung dan rugi.


PEMBANTU KANTIN

Selepas SPM banyak masa kosong sementara nak tunggu result.Mak pun suruh kerja boleh gak tampung duit.Kalau dapat masuk IPT banyak nak guna duit.Kebetulan Mak Ngah tawar kerja dengan kenalannya sebagai pembantu kantin di sebuah kilang sarung tangan Kulim.Antara kilang terbesar kat situ.Kerjanya membasuh pinggan dan bancuh air je.Gaji dalam RM15 sehari selama 12 jam ikut syif sebab kilang ni beroperasi 24 jam.Ini pertama kali saya bekerja dengan orang maka saya perlu tunjukkan komitmen yang terbaik.Setiap hari kul 7.00 pagi saya dah melakukan tugas bermula dengan siang ikan,ayam sayur dan sebagainya.Banyak gak untuk ratusan orang.Tengahari pula saya perlu bersedia dengan timbunan pinggan dan cawan yang banyak.Banyak formula yang saya cuba guna untuk urus masalah ini hingga dapat formula terbaik pengurusan secara sistematik.Kadang-kadang terpaksa jadi pembancuh air.Di sini saya belajar buat teh tarik dan segala jenis minuman.Memang tarik sungguh.Tapi kadang-kadang saya diberi kepercayaan untuk menjadi 'cashier' di kaunter.Letih juga saya melayan kerenah orang dewasa daripada pelbagai kaum dan pekerja asing.Baru saya kenal Mat Kilang dan Minah Kilang.Ada juga budak lepasan SPM seperti saya bekerja secara kontrak.Kalau terkena syif malam pukul 2 atau 3 pagi memang kena bersedia.Sepanjang saya bekerja hampir 4 bulan belum pernah saya mengambil cuti.Apabila dapat tawaran ke IPT saya pun memohon keizinan untuk berhenti.

'AMILIN ISLAM

Apabila masuk alam Universiti saya banyak menyertai program-program berbentuk pembinaan ruh dan usrah.Daripada ini saya ditanamkam fikrah perjuangan Islam yang suci sehingga saya difahamkan untuk menjadi seorang 'amilin Islam walau dimana saya berada.Dipasakkan untuk melakukan amal Islami dengan rasa ikhlas dan tanggungjawab.Pekerjaan ini merupakan satu kewajipan walaupun tidak menjanjikan upah yang lumayan bahkan terpaksa menginfakkan wang sendiri.Maka saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi antara petugas amal Islami yang dilakukan secara berjemaah.Kali ini saya tidak berseorangan tapi tetapi secara berkumpulan.Sebagai seorang Dai'e atau 'amilin Islam maka saya perlu sentiasa mentarbiyah diri saya dengan ruh-ruh Islam.Antara manual tarbiyah sebagai seorang 'amilin Islam ialah :-


MASA

PERKARA

Harian

1)Baca mathurat pagi dan petang

2)Baca Al-Quran setiap kali selepas solat

3)Solat sunat rawatib

4)Solat sunat Dhuha

5)Zikir harian

6)Solat wajib diwal waktu dan berjemaah

7)Baca Al-Mukl sebelum tidur

Mingguan

1)Puasa sunat Isnin dan Khamis

2)Qiamullail sekurang2nya 3 kali seminggu.

Bulanan

1)Menghabiskan sekurang-kurangnya satu buku haraki dan satu buku tambahan


Cadangan Buku Bacaan :-

Bil

Bidang

Tajuk Buku

1

Akidah

1)Muqadimah Akidah Muslim-Abd Hadi Awang

2)Apa Ertinya saya menganut Islam-Fathi Yakan

3)Empat istilah-Al-Maududi

5)Aqidah Islamiyah – Hasan Al-Banna

6)Al-Islam : syahadah dan perkara-perkara yang membatalkannya – Said Hawa

7)Manhaj Hidup Muslim – Syed Qutb

2

Fikrah Perjuangan

1)Aqidah & Perjuangan –Ustaz Fadzil Noor

2)Islam : Fikrah,Harakah & Daulah- Abd Hadi Awang

3 Islam harakah dan perkembangannya – Fathi Yakin

3

Fiqh Dakwah

1)Usul Dakwah – Abd Karim Zaidan

2)Dakwah Fardiyah – Mustafa Masyur

3)Bahtera Penyelamat – Fathi Yakan

4)Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah- Fathi Yakan

5)Jalan Dakwah – Mustapha Masyur

4

Sirah

1)Fiqh Sirah – Ramadhan Al-Buti

2)Manhaj haraki dari sirah nabi – Munir Ghatban

3)Sirah Ibn Hisham- Ibn Hisham

6

Tarbiyah

1)Tarbiyah Islamiyah Harakah – Abd Hadi Awang

2)Usrah dan Harakah – Yaakub Husin

3)Peringkat-peringkat tarbiyah Ikhwanul Muslimin – Ali Abd Halim Mahmud

7

sosiologi

1)How to get friend and influent people – Carnegie

2)Law of Attraction

3)Principle Centered Leadership-Stephen Convey

4)Strategies for Taking Charge-Bennis and Nanus

1 comments:

PUTERI ISLAM said...

salam ziarah...
MasyaALLAH...satu perkongsian yg bermakna. Tarbiyah dri kecil. MasyaALLAH...lihat nta hebat sekarang bermula dari tarbiyah keluarga yg mantap. Alhamdulillah...

1st time ana singgah, Alhamdulillah dpt sesuatu.mohon izin link..

salam perjuangan.

Post a Comment