Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Tuesday, September 29, 2009

Gaddafi & Ahmadinejad lambang keberanian



Kelantangan dua pemimpin iaitu Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad dan pemimpin Libya Muammar Gaddafi mengkritik dan menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) semasa berlansungnya perhimpunan tersebut baru-baru merupakan satu lambang keberanian.Ketika para pemimpin Negara lain mengambil sikap berdiam diri dan menyerah segala-galanya kepada PBB yang dikuasai lima negara besar iaitu Amerika Syarikat(AS),Rusia,China,Britain dan Perancis,munculnya dua watak yang sentiasa mendatangkan ‘bisa’ kepada negara kuasa barat.

Ungkapan mereka berdua ada kebenarannya kerana sikap talam dua muka(double standard) badan terbesar di dunia itu jelas menindas negara lain terutama negara dunia ketiga.Sikap mereka yang sentiasa membela Israel yang telah membunuh ribuan rakyat Palestin dan membangunkan senjata nuklear jelas menunjukkan sikap mereka yang tidak adil.Apabila ada negara-negara yang dirasakan “musuh” dan “ancaman” kepada mereka pelbagai sekatan akan dikenakan dengan mendatangkan pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.Tetapi dunia hari ini seolah-olah memandang sebelah mata terhadap sikap mereka.

Siapa tidak ingat pencerobohan AS dan kuasa barat terhadap Iraq dan Afghanistan yang menambah derita kehidupan rakyat negara tersebut.Walaupun atas nama memerangi keganasan tetapi ramai nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban apatahlagi tindakan mereka kadang-kadang melulu dan membabi-buta.Sikap campur tangan kuasa besar ini jelas menunjukkan keangkuhan mereka.Isu Palestin masih belum selesai kerana Israel yang merampas tanah rakyat Palestin berselindung di sebalik negara kuasa besar.Ramai anak kecil Palestin yang menjadi yatim piatu,ibu bapa kehilangan anak bahkan dikenakan pelbagai sekatan ekonomi.

Justeru,keberanian dan kelantangan dua pemimpin harus dipuji kerana mereka tidak takut dengan ancaman kuasa besar ketika negara-negara lain tidak berani bersuara.Agak sukar kita mencari mereka yang lantang bersuara seperti dua pemimpin ini.Ia juga mengingatkan kita kepada kelantangan Perdana Menteri Turki,Tayyib Erdogan yang membidas Presiden Israel,Shimon Perez dalam suatu forum berkaitan isu Palestin.Adakah dengan tiadanya mereka ini dunia akan sepi dan kezaliman akan dibiarkan.

Read More......

Saturday, September 12, 2009

Read More......

Thursday, September 10, 2009

HIMPUNAN AIDILFITRI MAHASISWA KEDAH

Read More......

ISU KEPALA LEMBU CEMARKAN RAMADAN SEBAGAI MADRASAH TARBIYAH

Isu perarakan Kepala Lembu ketika mengadakan protes di bangunan Selangor Kerajaan Negeri(SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu telah mencemarkan Ramadan sebagai madarasah tarbiyah dan pada ketika itu umat Islam baru genap seminggu menyambut Ramadan al-Mubarak.Mereka tidak mengambil peluang menjadikan bulan Ramadan sebagai ‘Madrasah Tarbiyah’.


Tindakan protes yang dilakukan kerana membantah keputusan Kerajaan Selangor untuk memindahkan kuil yang berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 bermula selepas solat Jumaat dengan ucapan berapi-api oleh beberapa wakil NGO di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan memijak kepala lembu yang masih belum kering darahnya yang diusung dari pintu masjid negeri beberapa ratus meter daripada bangunan tersebut.Mereka mensasarkan kemarahan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim,Exco Kebajikan Negeri Rodziah Ismail dan Exco Kesihatan Dr. A Xavier Jayakumar.


Tindakan mengarak kepala lembu dan memijak-mijaknya dianggap bukan sahaja bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri tetapi juga telah menyeret isu perkauman dan agama dalam perkara ini.Hal ini kerana lembu merupakan binatang suci dalam agama hindu dan dilarang membunuhnya.Tindakan memijak-mijak kepala lembu seolah-olah menyalahkan penganut agama Hindu dalam hal ini walaupun sasaran kemarahan mereka hanya beberapa individu di dalam Kerajaan Negeri Selangor.Jika pihak yang terlibat mengatakan mereka tidak berniat untuk membangkitkan kegelisahan kaum maka wujud persoalan mengapakah kepala lembu yang digunakan!bukan kepala ayam atau kepala kambing?!.


Maka perkara ini harus diambil pengajaran kerana dikuatiri mendatangkan fitnah kepada Islam.Kita dilarang mencela sembahan agama lain kerana dibimbangkan mereka akan mencela Allah secara melampaui batas seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-An’am ayat 108 yang bermaksud :-

“ Janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengehtahuan…”

Islam sentiasa mengajar kita agar bergaul baik dengan masyarakat bukan Islam agar mereka mengehtahui bahawa Islam adalah agama yang adil dan memberi keamanan kepada seluruh umat manusia.Rasulullah S.A.W sendiri menziarahi seorang tua Yahudi yang buta dan sakit walaupun dia sentiasa memaki dan menghina Nabi S.A.W sehingga dia memeluk Islam kerana akhlak yang baginda tunjukkan.Apatahlagi kita yang hidup dalam masyarakat pelbagai kaum memanggilkan masyarakat hindu dengan panggilan seperti ‘keling’, ‘paria’ dan sebagainya yang bertentangan konsep dakwah yang hendak kita bawa.Tambahan pula persepsi negatif yang sering ditonjolkan oleh Barat terhadap dunia Islam.Persepsi negatif yang masih sukar dihapuskan bertambah parah dengan sikap sebahagian umat Islam yang berpaksikan kepada perkauman semata-mata.


Seperti yang kita ketahui proses migrasi masyarakat India ke Malaysia berlaku secara besar-besaran di awal abad ke 18. Sebahagian besar daripada mereka telah dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja di sektor perladangan dan sebahagian lain pula bekerja sebagai buruh yang terlibat dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Dari jumlah penduduk Malaysia seramai 23.27 juta orang (2000), hampir 9% atau 2.0 juta orang terdiri daripada orang-orang India. 70% dari masyarakat India di Malaysia adalah berketurunan Tamil. Selebihnya terdiri daripada keturunan Telegu, Malayalee, Punjabi, Bengali dan Ceylonese Tamil. Hampir 80% daripada masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu.


Oleh itu saya berharap agar kita dapat menilai sesuatu itu mengikut kacamata kebenaran bukan nafsu semata-mata.Ramadan ini patut mendidik dan mentarbiyah kita menjadi insan yang berakhlak dan bertakwa.





Read More......

Sunday, September 6, 2009

MADA dan Kerajaan Negeri digesa Bantu Para Pesawah Padi

Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA) menggesa pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda(MADA) dan kerajaan Negeri bantu pesawah padi yang kerugian akibat padi ditenggelami air.Berikutan banjir yang berlaku di beberapa daerah di Kedah telah menyebabkan berlaku kerosakan teruk kepada tanaman padi.


Banjir yang melanda negeri Kedah telah menenggelamkan sebahagian besar tanaman padi.Misalnya di Langkawi sebanyak 500 hektar sawah padi ditenggelami air sehingga merosakkan tanaman tersebut dan tidak dapat dituai.Hal ini telah menjejaskan sumber pendapatan sebahagian penduduk kawasan tersebut.Sekiranya mereka tidak dibantu bukan sahaja mereka akan kehilangan sumber pendapatan malah akan menjejaskan sumber ekonomi negeri Kedah itu sendiri.

Banjir juga melanda beberapa daerah di Yan beberapa hari yang lalu hingga menyebabkan hampir 500 orang terpaksa dipindahkan.Sebelum ini negeri Kedah pernah dilanda banjir besar sehingga para pesawah mengalami kerugian besar.Oleh itu para pesawah haruslah dibantu bagi meringankan beban mereka.

Read More......

KOTA SIPUTEH : PENGAJARAN KEPADA ADUN AGAR LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Isu Adun Kota Siputeh yang didakwa tidak menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut sedikit menggamat suasana politik di Kedah apatahlagi beberapa hari selepas itu Adun Lunas pula mengisytiharkan diri keluar dari PKR.Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan ADUN Kota Siputeh,Datuk Abu Hasan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.Menurut perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Namun keputusan SPR beberapa hari yang lalu mengekalkan Abu Hasan Sarif sebagai ADUN mendapat bantahan banyak pihak wakaupun SPR beralasan tidak menghadiri dua mesyuarat dua kali berturut-turut dalam dua penggal yang berbeza bukan dua mesyuarat dua kali di dalam satu penggal yang sama dan juga menerima surat cuti sakit walaupun surat tersebut tidak sampai kepada Speaker.

Namun walauapapun alasan yang dikemukakan maka isu ini harus dijadikan pengajaran kepada setiap ADUN agar lebih bertanggungjawab.Hal ini kerana mereka telah diberikan mandat dan amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.Ketidakhadiran ke mesyuarat tanpa kebenaran hendaklah dielakkan supaya tugas kepada masyarakat dijalankan dengan baik.Tindakan tegas harus diambil oleh pihak yang bertanggungjawab kepada mereka yang cuai dan bersikap lepas tangan terhadap tugas mereka tanpa mengira parti politik.Jika pemimpin tidak amanah dengan tugasnya,kelak rakyat tidak akan percaya lagi kepadanya dan tunggulah saat kejatuhannya.Oleh itu jangan kita main-main dengan amanah dan tanggungjawab kelak kita akan dipersoalkan.Isu ini perlu dijadikan pengajaran kepada setiap ADUN di Malaysia dan juga Ahli Parlimen.

Read More......