Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Tuesday, November 30, 2010

Sepetang di Masjid Jamek dan Kisah Nabi Musa a.s dengan isterinya Safura..

Suatu petang yang memenatkan, saya bersendirian menaiki LRT ke masjid jamek untuk membeli barang keperluan..maklum lama tak keluar..Petang itu cuaca cerah tambahan pula ramai warga kota yang keluar..oo..cuti hari tu rupanya patut la sesak LRT apabila sampai di KL Sentral..Selepas turun daripada LRT menuju ke masjid jamek tiba-tiba bahu macam tersentuh,rupa-rupanya seorang pemuda sedang mengekori seorang gadis dengan ligatnya sehingga x perasan sehingga melanggar saya.Seolah-seolah pemuda itu mahu memikat gadis itu.Gadis itu pula senyum tersipu-sipu seolah-olah meraikan usikan pemuda tadi.Melihat gelagat mereka saya teringat pada kisah Nabi Musa a.s dan isterinya sebelum mereka kahwin jauh sekali beza dengan dua orang ini.:-

Kisah ini berlaku apabila Nabi Musa a.s melarikan diri dari Firaun ke sebuah negeri bernama Madyan.Kebetulan tempat pertama yang ditemuinya ialah suatu kawasan mata air.Di situ banyak terdapat gembala kambing biri-biri sedang memberi minum ternakanya.Mereka saling berebut untuk lebih dahulu memberikan air kepada ternakan masing-masing.Di antara kumpulan gembala kambing biri-biri itu terdapat dua orang gadis sedang berusaha mencegah agar biri-biri ternakan mereka tidak mendekati tempat air itu.
Ketika melihat perbuatan gadis-gadis itu,Nabi Musa a.s berasa hairan,lantas baginda bertanya :" Mengapakah kamu berdua berbuat begitu?".Secara serentak gadis-gadis manis itu menjawab : Biasanya kami tidak dapat memberi minum(ternakan kami) sehingga semua gembala itu memulangkan ternakannya,sedangkan bapa kami adalah seorang tua yang telah lanjut usia."(terjemahan Surah Al-Qasas ayat 23).Setelah mendengar kata-kata kedua gadis tersebut,Nabi Musa a.s terus menolong mereka.Baginda mengiring biri-biri kepunyaan kedua gadis itu ke tempat minuman.Dengan berdesak desak bersama kumpulan gembala yang lain,akhirnya baginda berjaya memberi minum semua biri-biri milik gadis-gadis itu.


Kedua gadis itu sangat berterima kasih kepada nabi Musa a.s.Mereka dapat pulang lebih awal daripada biasa.ayah mereka melihat hal itu.Lantas kedua gadis itu menceritakan perihal seorang lelaki muda yang telah menolong mereka .Kemudian ayah mereka menyuruh anak sulungnya yang bernama Safura supaya memanggil Nabi Musa a.s. "Maka datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua gadis itu berjalan malu-malu. Dia berkata, "Bapaku memanggil kamu untuk membalas kebaikanmu memberi minum ternakan kami." (terjemahan al-Quran surah Al-Qasas ayat 25). Nabi Musa a.s. menerima pelawaan itu. Baginda berjalan di belakang Safura menuju ke rumah ayahnya. Dalam perjalanan itu angin bertiup agak kencang sehingga kain Safura terselak dan nampak betisnya. Oleh kerana khuatir kepada godaan nafsu maka Nabi Musa meminta agar Safura berjalan di belakangnya. Safura menerima saranan itu dengan senang hati. Setelah tiba di rumah ayah Safura, Nabi Musa a.s. menemui seorang lelaki yang sudah tua dan soleh. Setelah berkenalan maka Nabi Musa a.s. menceritakan kisahnya yang menyebabkan baginda terpaksa merantau ke negeri itu. Orang tua itu bersimpati dengan nasib baginda, lantas berkata:
"Janganlah kamu takut. kamu telah selamat daripada orang-orang zaiim itu." (terjemahan Al-Quran surah Al-Qasas ayat 25).




Safura pula meminta agar ayahnya mengambil Nabi Musa a.s. sebagai pekerja.Beliau berkata :-

"Ya bapaku, ambillah dia sebagai orang yang (bekerja) dengan kita. kerana sesungguhnya orangyang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai."(terJemahanAl-Quran surah Al-Qasas ayat 26)Ayah Safura setuju dengan saranan anak gadisnya itu. Lantas beliau bertanya Safura mengenai Nabi Musa a.s. Maka Safura menceritakan hal kekuatan Nabi Musa a.s. ketika berdesak-desakan untuk memberi minum ternakan mereka di tempat air itu. Safura juga tidak lupa menceritakan betapa mulia dan beradabnya Nabi Musa a.s. ketika dijemput datang ke rumah mereka. Malah menceritakan juga tentang sikap baginda semasa dalam perjalanan sewaktu kainnya tersingkap oleh tiupan angin kencang itu.

Apabila mendengar cerita itu, ayah Safura semakin yakin kepada Nabi Musa a.s. Beliau setuju mengambil baginda sebagai pekerja malah beliau sangat suka kalau pemuda berhati mulia itu mahu menjadi menantunya. Untukitu ayah Safura berkata:
"Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang daripada kedua anakku ini, dengan syarat bahawa kamu bekerja denganku selama lapan tahun, dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah atas kemahuanmu dan aku tidak hendak memberati (memaksa) mu, dan kamu insyaallah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik." Nabi Musa a.s. setuju dengan usul itu lalu berkata:
"Itulah perjanjian antara aku dengan kamu. yang mana saja daripada kedua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tiada tuntutan tambahan atas diriku (lagi) dan Allah adalah saksi atas apa yang kita ucapkan." (terjemahan Al-Quran surah Al Qasas 27 & 28)

Maka kahwinlah Nabi Musa a.s. dengan Safura. Dan baginda menepati janjinya untuk bekerja dengan keluarga itu. Baginda sempurnakan tugasnya selama sepuluh tahun dengan ikhlas dan penuh amanah.

Demikian kisah Nabi Musa a.s dan isterinya Safura yang bolah diambil pengajaran..

Read More......