Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Thursday, December 15, 2011

Read More......

Tuesday, January 25, 2011

MANA MILIK KITA

Tersebut kisah suatu ketika dahulu seorang suami dan isteri bersama seorang anak yang amat disayangi.Suatu masa si suami keluar merantau mencari rezeki pada jangka masa yang lama meninggalkan isteri dan anak tercinta.Ditakdirkan anak itu meninggal dunia tanpa diketahui oleh si suami tadi.Apabila pulang si isteri menyambut suaminya dengan wajah ceria sehingga suami terlupa bertanya tentang anak mereka.Sehingga ketika hendak tidur isteri tadi bertanya kepada suaminya sekiranya tuan punya barang bagi pinjam kepada kita dan kemudian ambil balik barang tersebut adakah kita akan reda.Suami pun berkata kita perlu reda.Maka isterinya pun menceritakan bahawa anak mereka adalah barang pinjaman yang telah diambil kembali oleh Allah.Terkejut suaminya...


Ya..betul kata isteri yang solehah itu..

Mana milik kita...

Rumah?kereta?anak?kecantikan?harta?..

hakikatnya Allah yang punya..

Oleh itu jgn kita lagak bicara...

bahawa kita miliki segalanya...

Sedangkan Allah sudah sediakan semuanya...

Sebaliknya...

Bersyukurlah dengan kurniaan Allah segalanya..

jangan sombong dengan bicara..

jangan angkuh dengan harta..

dan takbur bermaharajalela..

Nafsu menggila..

Sedangkan semua Allah yang punya..

tidak terlepas dari ciptaannya....


Kadang-kadang rasa macam ingin miliki segalanya sedangkan belum pasti mampu menjaganya.Apatah lagi semua pinjaman belaka.Nak harta yang banyak tetapi buta mata bila memilikinya...Nak disanjung dan dipuji tapi lupa diri bila mendapatnya..Nak hati tenang dan gembira tapi tidak meletakkan ketenangan itu di dalam hati .Nak hidup bahagia tapi tak ikut jalan kebahagiaa itu....


Ya Allah,

Andai esok subuhku yang terakhir.....

Biarku rasa bahagia..

Biarkan ku dimaafkan...

Biar ku dalam ketaatan..


Andai esok tidak hadir...

Biar dapat kumohon keampunan..

biar dapat kuucapkan kesyukuran..



Tapi andai esok masih ada,

Ya Allah,

biar ku bisik kerinduan...

keinsafan dan ketaatan kepadaMu..

Biar munajatku dalam syahdu..

merindui maghfirahMu..


Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Read More......

Tuesday, January 18, 2011

GURU KERJAYA MULIA

Baru-baru ni keputusan KPLI J-Qaf telah keluar.Ramai yang berjaya mendapat tawaran menjadi guru J-Qaf dan diminta melaporkan diri dalam masa terdekat..Yang sedang bekerja terus berhenti kerja demi menerima tawaran ini,..Yang x minat jadi cikgu pun pakat minta..Yang sedang menyambung master dan mengikuti latihan juga sanggup berhenti..kenapa?memang menjadi guru yang mempunyai gaji tetap ditambah dengan elaun dan pelbagai keistimewaan menjadi idaman setiap orang.Tambah sekarang bukan mudah nak dapat kerja tetap.persaingan sengit..tambahan pula kerjaya sebagai guru sangat menyeronokkan..siapa yang tidak seronok melihat anak-anak murid berjaya..Walaupun saya tidak meminati bidang perguruan sebagai kerjaya mungkin kerana saya tidak banyak bercakap dan tidak pandai berinteraksi dalam konteks seorang guru,tetapi tidak menolak kemungkinan menjadi seorang guru..kerana apa?kerana ia suatu kerjaya yang mulia..ilmu yang disebarkan kekal bermanfaat walaupun kita dah mati..Harap-harap suatu hari nanti saya akan mempunyai anak-anak murid untuk saya curahkan ilmu…terasa keindahan menjadi seorang guru..gembira tidak terkata bila anak murid Berjaya..berkongsi kesedihan bila anak murid tidak berjaya..gembira bukan kepalang melihat anak murid boleh mengenal A,B ,C daripada buta tidak mengenal huruf..Apa pun kita perlu menjadi guru kepada isteri dan anak-anak….semoga mereka menjadi insan yang soleh..

Read More......

Monday, January 17, 2011

Pengalaman Suatu Yang Berharga

Seringkali saya mendengar rungutan rakan-rakan yang baru grade tentang sesi interview masing-masing untuk mendapatkan kerja.Kebanyakan agensi atau kompeni mementingkan pengalaman sebagai syarat untuk diterima bekerja.Sehingga ada seorang rakan saya berpandangan “kalo mcm tu buat penat je aku ambik degree,nak minta keje kna ad pengalaman”...apapun memang pengalaman tu penting dalam kehidupan kita.Cuma pengertian pengalaman berbeza mengikut tafsiran masing-masing.Bagi saya kehidupan itu sendiri adalah satu pengalaman.Banyak pengajaran yang kita dapat.Bagi seorang ibu pengalaman mendidik anak-anak membolehkannya merasai keresahan hati anaknya.Bagi seorang yang memasak sekian lama sekali rasa sudah tahu mana yang kurang.slumber je potong bawang...bagi seorang anggota polis penyiasat pengalamannya berhadapan dengan penjenayah membolehkan dia tahu tipu-daya penjahat...xda chance org nak tipu polis..rasuah boleh kot..Bagi orang yang sekian lama mendiami suatu tempat dia akan tahu peta keseluruhan tempat tersebut..dalam satu program khidmat masyarakat saya prnah dikehendaki melukis peta kampung tersebut..dibantu seorang pak cik yang sudah tua tapi buta huruf..menariknya dia ingat tahu nama setiap penduduk kampung,rumah warna apa,jalan ad lubang ke tak...serba-serbi dia tahu..Seperti yang saya kata tadi kehidupan adalah satu pengalaman yg sgt berharga..sekiranya digunakan dengan sebaiknya..pengalaman mengembala kambing waktu kecil memberi ilmu kpd saya ttg kambing...waktu kecil saya memerlukan gam utk membuat kerja sekolah..nak beli x sempat..tapi Tok kata jgn risau nanti dia buat gam..Tok saya merebus ubi kayu sehingga menjadi kanji dan boleh dibuat gam..ooo..ubi kayu pun boleh buat gam..x sangka ye..waktu kecil dulu saya suka tangkap ikan laga..kt kedah panggil 'ikan karem'..masa tangkap warna dia x gelap sgt dan x cantik..kwan saya kata kalo nk cantik kna tanam dalam selama bbrapa hari..saya pun boh dalam botol dan tanam dalam tanah sambil buka ruang udara kat atas spaya ikan tu boleh brnafas..x sangka memang jadi..itulah pengalaman..kadang-kadang sukar dicari..

Read More......

Tuesday, November 30, 2010

Sepetang di Masjid Jamek dan Kisah Nabi Musa a.s dengan isterinya Safura..

Suatu petang yang memenatkan, saya bersendirian menaiki LRT ke masjid jamek untuk membeli barang keperluan..maklum lama tak keluar..Petang itu cuaca cerah tambahan pula ramai warga kota yang keluar..oo..cuti hari tu rupanya patut la sesak LRT apabila sampai di KL Sentral..Selepas turun daripada LRT menuju ke masjid jamek tiba-tiba bahu macam tersentuh,rupa-rupanya seorang pemuda sedang mengekori seorang gadis dengan ligatnya sehingga x perasan sehingga melanggar saya.Seolah-seolah pemuda itu mahu memikat gadis itu.Gadis itu pula senyum tersipu-sipu seolah-olah meraikan usikan pemuda tadi.Melihat gelagat mereka saya teringat pada kisah Nabi Musa a.s dan isterinya sebelum mereka kahwin jauh sekali beza dengan dua orang ini.:-

Kisah ini berlaku apabila Nabi Musa a.s melarikan diri dari Firaun ke sebuah negeri bernama Madyan.Kebetulan tempat pertama yang ditemuinya ialah suatu kawasan mata air.Di situ banyak terdapat gembala kambing biri-biri sedang memberi minum ternakanya.Mereka saling berebut untuk lebih dahulu memberikan air kepada ternakan masing-masing.Di antara kumpulan gembala kambing biri-biri itu terdapat dua orang gadis sedang berusaha mencegah agar biri-biri ternakan mereka tidak mendekati tempat air itu.
Ketika melihat perbuatan gadis-gadis itu,Nabi Musa a.s berasa hairan,lantas baginda bertanya :" Mengapakah kamu berdua berbuat begitu?".Secara serentak gadis-gadis manis itu menjawab : Biasanya kami tidak dapat memberi minum(ternakan kami) sehingga semua gembala itu memulangkan ternakannya,sedangkan bapa kami adalah seorang tua yang telah lanjut usia."(terjemahan Surah Al-Qasas ayat 23).Setelah mendengar kata-kata kedua gadis tersebut,Nabi Musa a.s terus menolong mereka.Baginda mengiring biri-biri kepunyaan kedua gadis itu ke tempat minuman.Dengan berdesak desak bersama kumpulan gembala yang lain,akhirnya baginda berjaya memberi minum semua biri-biri milik gadis-gadis itu.


Kedua gadis itu sangat berterima kasih kepada nabi Musa a.s.Mereka dapat pulang lebih awal daripada biasa.ayah mereka melihat hal itu.Lantas kedua gadis itu menceritakan perihal seorang lelaki muda yang telah menolong mereka .Kemudian ayah mereka menyuruh anak sulungnya yang bernama Safura supaya memanggil Nabi Musa a.s. "Maka datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua gadis itu berjalan malu-malu. Dia berkata, "Bapaku memanggil kamu untuk membalas kebaikanmu memberi minum ternakan kami." (terjemahan al-Quran surah Al-Qasas ayat 25). Nabi Musa a.s. menerima pelawaan itu. Baginda berjalan di belakang Safura menuju ke rumah ayahnya. Dalam perjalanan itu angin bertiup agak kencang sehingga kain Safura terselak dan nampak betisnya. Oleh kerana khuatir kepada godaan nafsu maka Nabi Musa meminta agar Safura berjalan di belakangnya. Safura menerima saranan itu dengan senang hati. Setelah tiba di rumah ayah Safura, Nabi Musa a.s. menemui seorang lelaki yang sudah tua dan soleh. Setelah berkenalan maka Nabi Musa a.s. menceritakan kisahnya yang menyebabkan baginda terpaksa merantau ke negeri itu. Orang tua itu bersimpati dengan nasib baginda, lantas berkata:
"Janganlah kamu takut. kamu telah selamat daripada orang-orang zaiim itu." (terjemahan Al-Quran surah Al-Qasas ayat 25).




Safura pula meminta agar ayahnya mengambil Nabi Musa a.s. sebagai pekerja.Beliau berkata :-

"Ya bapaku, ambillah dia sebagai orang yang (bekerja) dengan kita. kerana sesungguhnya orangyang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai."(terJemahanAl-Quran surah Al-Qasas ayat 26)Ayah Safura setuju dengan saranan anak gadisnya itu. Lantas beliau bertanya Safura mengenai Nabi Musa a.s. Maka Safura menceritakan hal kekuatan Nabi Musa a.s. ketika berdesak-desakan untuk memberi minum ternakan mereka di tempat air itu. Safura juga tidak lupa menceritakan betapa mulia dan beradabnya Nabi Musa a.s. ketika dijemput datang ke rumah mereka. Malah menceritakan juga tentang sikap baginda semasa dalam perjalanan sewaktu kainnya tersingkap oleh tiupan angin kencang itu.

Apabila mendengar cerita itu, ayah Safura semakin yakin kepada Nabi Musa a.s. Beliau setuju mengambil baginda sebagai pekerja malah beliau sangat suka kalau pemuda berhati mulia itu mahu menjadi menantunya. Untukitu ayah Safura berkata:
"Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang daripada kedua anakku ini, dengan syarat bahawa kamu bekerja denganku selama lapan tahun, dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah atas kemahuanmu dan aku tidak hendak memberati (memaksa) mu, dan kamu insyaallah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik." Nabi Musa a.s. setuju dengan usul itu lalu berkata:
"Itulah perjanjian antara aku dengan kamu. yang mana saja daripada kedua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tiada tuntutan tambahan atas diriku (lagi) dan Allah adalah saksi atas apa yang kita ucapkan." (terjemahan Al-Quran surah Al Qasas 27 & 28)

Maka kahwinlah Nabi Musa a.s. dengan Safura. Dan baginda menepati janjinya untuk bekerja dengan keluarga itu. Baginda sempurnakan tugasnya selama sepuluh tahun dengan ikhlas dan penuh amanah.

Demikian kisah Nabi Musa a.s dan isterinya Safura yang bolah diambil pengajaran..

Read More......

Saturday, September 18, 2010

Ustaz Dahlan : Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat

Hati ini terkejut menerima perkhabaran bahawa Mudirku Ustaz Dahlan bin Mohd Zain telah kembali ke rahmatullah pada 18 Ogos 2010 jam 10 pagi.Almarhum Ustaz dahlan merupakan pengasas Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyah,Beseri Perlis(MATRI).Setelah terlantar koma hampir sebulan akhirnya Allah menjemput beliau.Kesempatan menuntut ilmu di MATRI dari tahun 2000 hingga 2004 telah menjadikan saya sebahagian anak didik dan keluaran madrasah ini yang dipimpin oleh almarhum dan sahabat-sahabatnya yang berjiwa murabbi.Mungkin saya tidak pernah terfikir akan dihantar menuntut ilmu disana tetapi Allah telah memilih saya untuk mengenali salah seorang tokoh dakwah di Malaysia.Setiap kali selepas Ijtimak beliau akan membacakan “Maza yakni Intimai Islam” karangan Ustadh Fathi Yakan.Ustaz Dahlan merupakan salah seorang ulama sebaris dengan Dato' Dr Haron Din dan pernah sama-sama menuntut di Baghdad bersama dengan almarhum Ustaz Hasan Shukri dan Ustaz Md Daud Iraqi.Beliau juga dikenali oleh dunia luar.Oleh itu tidak hairanlah sewaktu kematiannya beliau turut dikunjungi oleh Raja Perlis,Sheik2 Arab dan ramai pengikut-pengikutnya...Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Read More......

Friday, September 3, 2010

MUNAJAT PADAMU YA ALLAH..........

Lirik Lagu Munajat

Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… Pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan… kubisikan kerinduan
Keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan...

Lagu & Lirik :-Rabbani



Ya Allah,
Kau tunjukkan kepadaku jalan kebenaran..
Hindarkanku daripada kemungkaran..
Jadikanlah aku orang yg sentiasa sujud padaMu
Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan hidup ini..
Jadikanlah aku hamba yang taat kepadaMu..
Pejuang yang ikhlas berjuang keranaMu..
Anak yang soleh yg sentiasa berdoa kepadaMu..
Ketua dan suami yg baik dan rendah hati keranaMu..
Dan matikanlah aku sebagai seorang pejuang dalam agamaMu..

Read More......