Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Saturday, October 10, 2009

RASUAH : PELAJAR DAN MAHASISWA PERLU DIDIDIK TENTANG BAHAYA RASUAH KEPADA BANGSA,MASYARAKAT ,AGAMA & NEGARA.



Pada hari Jumaat yang lalu saya mengambil keputusan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman,Universiti Malaya setelah beberapa minggu sebelum ini saya bersolat di Masjid Akademi Pengajian Islam ,UM.Kehadiran saya ke masjid yang penuh dengan sejarah itu agak awal untuk mendengar tazkirah sebelum Jumaat oleh Ustaz Zamihan dari JAKIM.Apa yang menarik tajuk khutbah Jumaat pada hari tersebut berbunyi “Pengamal Rasuah Pengkhianat Negara”.Tajuk ini membuatkan sidang jemaah pada hari itu tidak berkelip mata.Satu persatu dibongkarkan.Mungkin ada yang termakan cili dan terkena kepada batang hidung.

Namun di sebalik khutbah yang banyak menceritakan pembabitan mereka yang berkuasa dan bekerjaya,suka juga saya mengaitkan isu ini dengan mahasiswa.Bagi saya semua pihak boleh terlibat dengan rasuah hatta pelajar sekolah sekalipun cuma mereka sedar atau tidak sahaja.Rasuah ini boleh wujud dengan berbagai nama dan jenama.Kadang-kadang atas nama hadiah dan imbuhan.Pelajar dan mahasiswa telah dididik untuk menerima sesuatu tanpa sebarang alasan asalkan menguntungkan.Bagi mereka yang terlibat dengan kelab-kelab dan persatuan haruslah berhati-hati dan janganlah terikut-ikut dengan budaya luar.Justeru pelajar dan mahasiswa hari ini perlu dididik tentang bahaya rasuah kepada bangsa,masyarakat,agama dan Negara.

Kandungan Teks Khutbah Jumaat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)

" PENGAMAL RASUAH PENGKHIANAT NEGARA"
(02 OKTOBER 2009M / 13 SYAWAL 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai serta hidup kita dengan berbekalkan sumber rezeki halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan memperkatakan khutbah mengenai tajuk: "Pengamal Rasuah Pengkhianat Negara”.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Berdasarkan laporan dalam media cetak dan elektronik di dapati pada kebiasaannya penglibatan rasuah dalam politik, sektor perkhidmatan awam, swasta dan orang awam meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna j
awatan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.



Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil yang Qat’ie iaitu al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Dalam al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Manakala sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani:
Mafhumnya: “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.


Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2008, sebanyak 605 tangkapan telah dibuat. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah mereka yang melakukan rasuah atau bersyubahat adalah dianggap sebagai perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian mimbar, besar pangkat seseorang maka besarlah peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin pintar pula untuk melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah rasuah. Jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara.

Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan najis rasuah berlaku?. Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja.

Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa kezaliman dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan yang berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan harta negara.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan doa kita. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, justeru akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT. Lebih membimbangkan lagi jika kita tidak segera membanteras penyakit rasuah boleh menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan, akibat kemurkaan Allah seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 112:

Maksudnya: “Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia.
Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Pengamal, penyalahguna dan mereka yang bersyubahat dengan rasuah adalah pengkhianat negara. Apa yang nyata, kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi tetapi mereka yang terlibat gagal membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini. Oleh itu, mimbar pada kali ini menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam negara kita secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dalam perkhidmatan.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:

Pertama : Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;

Kedua : Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;

Ketiga : Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah; dan

Keempat : Membuktikan bahawa amalan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.

Marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu, iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan, serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti firman Allah dalam surah Ali Imran:

Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.”(surah Ali Imran: 104).






















Read More......

Thursday, October 8, 2009

SISTEM E-VOTING : KPT PERLU TELUS DAN HORMATI DEMOKRASI





Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) diminta telus dan menghormati demokrasi dalam pilihanraya kampus.Tindakan kementerian itu memperkenalkan sistem ini ibarat menyalahgunakan kecanggihan teknologi.Walaupun ada pihak yang mengatakan dengan wujudnya sistem ini akan menjadi lebih mudah dan pantas tetapi ada soal yang lebih penting iaitu memilih pemimpin dalam keadaan yang telus,demokrasi dan adil kepada semua mahasiswa.Hal ini akan membuka ruang kepada mana-mana pihak terutama yang menguasai teknologi untuk melakukan apa sahaja.Sistem secara biasa sebelum ini tidak mendatangkan masalah yang besar tetapi diwujudkan sistem baru yang mana kerahsiaan,kebolehupayaan dan ketelusan diragui.Mungkin elemen ini sudah tidak penting bagi pihak KPT berbanding kecanggihan teknologi.Mengapa tak laksanakan sistem ini di Bagan Pinang?!!.

BANTAHAN DI BAGAN PINANG!!

Pencabulan terhadap prinsip demokrasi:-

Tahap demokrasi sesebuah negara seringkali di ukur melalui pilihanraya yang bersih, kebebasan-kebebasan awam, kehakiman yang telus, bebas berorganisasi, masyarakat sivil dan pemerintahan yang berasaskan majoriti (Zaini 2006:29). Ini membawa maksud, walaupun sesebuah kerajaan itu berjaya membawa kemakmuran kepada rakyat tetapi masih melanggar aspek-aspek yang disebutkan di atas, maka ia bukanlah dinamakan demokrasi bahkan dinamakan autokrasi.

Melalui demokrasi, pilihanraya diadakan untuk menunjukkan sejauh mana sesebuah negara berupaya menyediakan medium politik yang bebas dan adil. Bebas dan adil merujuk kepada prinsip utama demokrasi iaitu kebebasan dan hak, meliputi kebebasan pihak yang bertanding, kebebasan rakyat untuk memilih dan sistem pengundian yang digunakan. Dalam konteks kampus hari ini, berlaku pencabulan prinsip demokrasi ini dalam pelaksanaan sistem pengundian e-undi.

Kenyataan ini disokong oleh beberapa hujah konkrit, iaitu :
i. Melalui sistem pengundian e- undian dan maklumat pengundi ad
alah tidak rahsia. Akibatnya, pengundi terjejas kepada bahaya-bahaya yang akan dihadapi disebabkan ‘undi’nya kepada pihak tertentu (yang mendokong kebebasan mahasiswa, contohnya Pro-Mahasiswa). Bahaya tersebut seperti pembuangan kolej, ugutan dan lain-lain
ii. . Integriti pengendali sistem adalah diragui sekiranya tiada pemantauan piha
k yang berautoriti. Oleh kerana sistem e-undi (secara digital) dibuat dan dikendali oleh manusia, integriti terhadap pengendali sistem adalah rendah.

Bagi sesiapa yang memiliki akses, mereka mampu mengubah sistem dengan memasukkan malware dan virus. Menurut buku karangan R Michael Alvarez dan Thad E Hall bertajuk Electronic Election: The Perils and Promises of Digital Democracy sebelum pengundian di AS pada 2004, berlaku banyak spekulasi terhadap pelaksanaan sistem e-undi. Antaranya, persoalan integriti undi disuarakan apabila mesin yang merekodkan penjumlahan undi secara maya boleh dipertikai dengan pertambahan undi yang sukar untuk dikesan.

Bahkan, dalam beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap sistem ini menunjukkan bahawa sistem e-undi secara kritikalnya terdedah terhadap manipulasi pihak pengendali. (Rujuk lampiran penuh tentang kajian).




Pencabulan terhadap undang-undang:-

Setelah berlakunya pencabulan prinsip demokrasi oleh sistem ini, berlaku juga pencabulan undang-undang dalam perkara kerahsiaan undi.
Seksyen 52 Perlembagaan Universiti Malaya, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 menyebutkan bahawa pihak berkuasa Universiti hendaklah mengadakan pemilihan satu Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) mengikut cara seperti berikut :

(a) Pelajar berdaftar bagi setiap fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, beberapa pelajar berdaftar yang sama bilangannya sebagaimana ditentukan oleh Naib Canselor, masing-masing daripada Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut itu untuk menjadi wakil dalam MPM; dan
(b) Keseluruhan pelajar-pelajar berdaftar hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu, beberapa orang pelajar berdaftar, sebagaimana ditentukan oleh Naib Canselor untuk menjadi wakil-wakil dalam MPM dan bilanganpelajar- pelajar itu hendaklah dalam apa jua keadaan, tidak melebihi setengah daripada bilangan wakil-wakil yang dipilih di bawah perenggan (a).

Mengikut seksyen berkenaan, pelajar-pelajar perlu membuat pemilihan melalui undi rahsia. Tetapi mengikut sistem e-undi, kerahsiaan malumat pengundi dan undiannya adalah dinafikan. Jelaslah di sini bahawa, berlaku pencabulan undang-undang apabila sistem ini dijalankan.
Justeru, pengiktirafan terhadap seksyen ini telah dinafikan secara langsung oleh pentadbiran Universiti dengan menggunakan sistem e-undi. Selain itu, keabsahan undang-undang juga dicabul oleh pihak yang sepatutnya mengiktirafnya.

Realiti kelemahan sistem (Petisyen bantahan UUM & lampiran kajian UPM)

Di dalam petisyen bantahan yang pernah dikeluarkan oleh pihak Front Mahasiswa Universiti Utara Malaysia, beberapa kelemahan sistem e-undi disenaraikan mengikut pengalaman mereka menggunakannya. Antaranya ialah :


Sistem Mudah Dimanipulasi.

- Integriti ketua pusat pengundi dan ketua pusat penjumlahan undi boleh dipersoalkan.
- Bahasa pengekodan (programming language) yang ditulis tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana calon atau agen calon tidak diberikan salinan bahasa tersebut walaupun telah diminta.
- Jika sistem yang berkenaan mampu mengenal pasti sama ada pengundi telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga berupaya mengesan siapa yang diundi


Masalah Kebolehupayaan



-Pengundian terpaksa ditangguhkan untuk beberapa ketika kerana masalah sistem undian yang sering tergendala. Gangguan pada sistem ini boleh menyebabkan berlakunya kesilapan dan pencerobohan daripada luar.
- Kebarangkalian untuk kebocoran yang berleluasa yang tinggi adalah tidak mustahil

.

iii Kawalan penuh oleh Timbalan Naib Canselor(TNC) dan Hal Ehwal Alumni(HEP)



Jawatankuasa yang dibentuk dianggotai oleh TNC HEP dan Alumni serta staf-staf HEP membantu

calon aspirasi. Di UPM sebagai contoh,Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

(JKI) dipengerusikan oleh TNC HEP dan beliau juga berkuasa dalam perlantikan jawatankuasa

yang lain. Mungkin Di UUM kali ini agak berbeza, namun perkara ini masih menjadi polemik kerana

masih dibawah kawalan HEP dan HEP dibawah kawalan TNC HEP

.

iv Tiada badan bebas daripada luar untuk memantau PRK dan sistem E-Undi



PRK yang telus sepatutnya membenarkan badan bebas atau NGO luar

(MAFREL, SUHAKAM, SPR dll) membuat penilaian dan audit terhadap

Sistem e-undi



V Calon atau wakil calon tidak dibenarkan berada di dalam pusat Pembuangan undi



- Mengikut pelaksanaan E-undi di kampus-kampus lain sebelum ini,calon atau ejen calon tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam pusat pembuangan undi sedangkan dalam pilihanraya umum, calon atau agen calon dibenarkan untuk melihat proses pembuangan undi.

- Calon atau ejen calon dinafikan hak untuk terlibat dalam proses pengiraan undi. Calon atau ajen calon juga tidak dapat melihat pengiraan undi dilakukan tetapi hanya mengetahui jumlah tertentu selepas pengiraan dilakukan.

Vi Tiada senarai daftar pengundi



Senarai daftar pengundi tidak diberikan kepada calon untuk semakan daftar pengundi sedangkan hanya mahasiswa tertentu sahaja dibenarkan untuk mengundi. Berbanding pilihanraya umum, senarai daftar pengundi diberikan untuk semakan calon yang bertanding.




















Read More......

Wednesday, October 7, 2009

ISU KARTIKA,JIWA MERDEKA DAN...................



Isu Kartika.........

Jika ada anugerah untuk wanita paling popular bagi beberapa bulan ini pasti jatuh kepada pemilik bertuah yang bernama Kartika Seri Dewi Sukarno.Sudah pasti Datuk Siti Nurhaliza ataupun Maya Karin akan menggigit jari tewas hanya kepada seorang bekas model yang baru beberapa bulan menonjolkan diri.Mahu tidak popular sampai mendapat liputan meluas media asing seperti BBC,CNN ,Al-Jazeera dan para pemimpin negara.Tidak ketinggalan juga NGO-NGO dan lapisan masyarakat.Bagaimanakah wanita yang sudah lama meninggalkan kerjaya model sambilan begitu popular sehingga berita tentangnya boleh diakses dengan mudah di internet begitu juga namanya yang panjang itu sudah boleh diingat.Disebalik populariti yang melonjak naik itu ada yang seolah-olah tidak senang dengan sikapnya.

Bagi sesiapa yang menyoroti kes ini pasti mengehtahui bagaimana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai yang lalu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam kali sebatan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada pukul 11.40 malam 11 Julai 2008.Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan bagi orang didapati bersalah minum arak.Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan.Sebenarnya Kartika juga bukanlah satu-satunya wanita yang dijatuhi hukuman sebat, malah Kartika juga bukanlah orang pertama menerima hukuman sedemikian kerana kesalahan mengambil alkohol.Walaupun kes ini telah dijalankan mengikut proses undang-undang seperti yang termaktub tapi perlaksanaannya menerima bantahan beberapa pertubuhan NGO dan menteri seolah-olah menganggap hukuman ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Adakah undang-undang syariah sebelum ni selepas era pasca kemerdekaan tidak sama dengan undang-undang syariah sekarang ataupun kesalahan-kesalahan seperti ini jarang diambil tindakan dan dipandang sebelah mata?!!padahal ramai umat Islam yang meminum arak secara terang-terangan.Sehingga kita boleh mempertikaikan sejauhmana penguatkuasaan undang-undang syariah di negara ini.Munculnya kes ini seolah-olah membuka satu dimensi tentang perlaksanaan syariah di negara ini.Tambahan pula ada pihak-pihak tertentu termasuk pemimpin besar negara mengarahkan pesalah membuat rayuan tanpa alasan syarie dan kukuh.Begitu mudah dan longgar sekali undang-undang.

Disebalik ketegasan Kartika Seri Dewi Sukarno mempertahankan pendiriannya untuk tidak membuat rayuan,tiba-tiba muncul beberapa NGO atas nama Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Kesaksamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) meminta agar hukuman ini dibatalkan kerana didakwa mendera pesalah. JAG dalam memorandum bertarikh 25 Ogos lalu menggesa perdana menteri supaya mengambil tindakan segera bagi menilai semula hukuman sebat kerana didakwa melanggar prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Gabungan itu disertai beberapa pertubuhan wanita berpengaruh termasuk Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Bantuan Wanita (WAO), Sisters In Islam (SIS), All Women Action Society (AWAM) serta Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC).
Wujud juga satu persoalan sejauhmana mereka memahami perlaksanaan hukuman ini.

Bagaimanakah mereka mengatakan ia mendera dan zalim padahal hukuman dalam Islam adalah untuk mendidik dan memberi pengajaran.Bagi generasi lama mungkin mereka masih ingat pernah dirotan oleh guru-guru dan ibubapa terutama yang nakal dan suka bermain-main.Ini lebih sakit dari hukuman diatas.

MERDEKA !!!
Jiwa Merdeka......

Jika kita membaca kita membaca kisah kejayaan tokoh-tokoh pada hari ini kebanyakannya lahir hasil didikan guru-guru dan ibubapa dan pernah dirotan.Mungkin generasi baru dan moden sukar menerima pendekatan ini.Ternyata baki-baki tinggalan penjajah Barat masih mencengkam rakyat negara kita menenggelamkan tinggalan-tinggalan mubaligh-mubaligh dan pendakwah Islam di Kota Melaka suatu ketika dulu yang membawa mesej keadilan Islam.Mungkin ada benar juga ungkapan nasihat Dr.Burhanuddin Al-Helmi salah seorang tokoh kemerdekaan :,”Di bawah runtuhan kota Melaka ,kita bina jiwa merdeka”. Ramai yang marah apabila Chin Peng ingin balik ke negara Malaysia kerana beliau adalah tokoh komunis yang telah mengdatangkan huru-hara kepada rakyat negara ini selama beberapa tahun.Jepun pun hanya 3 tahun menjajah Malaysia tetapi penjajah Barat sudah hampir ratusan tahun menjajah negara dan minda rakyat negara ini.Sebutlah apa sahaja semuanya ingin berkiblatkan barat sehingga undang-undang sekalipun.Runtuhan Kota Melaka yang dimaksudkan mungkin kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka kerana bangunan-bangunan tinggalan sejarah masih berdiri kukuh di Melaka.Pengisytiharaan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 oleh Perdana Menteri ketika itu,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hanyalah kemerdekaan negara dan luaran semata-mata tidak jiwa dan minda rakyat.Oleh itu, jiwa rakyat ini masih belum merdeka.Lihat sahaja sambutan kemerdekaan itu sendiri disambut dengan arak dan pesta zina.Konsep-konsep hiburan daripada Barat menjadi pujaan dan kegilaan anak muda dewasa ini.Sekira tokoh-tokoh perjuangan menentang penjajahan penjajah waktu dahulu Tok Janggut,Dato’ Bahaman,Mat Kilau dan lain-lain masih hidup tentu mereka kecewa.Sia-sia sahaja mereka menumpahkan darah demi mempertahankan hak dan agama mereka.

Mungkin sistem pendidikan di Malaysia ini perlu dikaji semula.Walaupun dasar pendidikan negara telah dirangka selepas merdeka untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah tetapi ia masih lagi belum mencapai matlamat.Bermula penyata Razak dikeluar dan kemudian laporan Abdul Rahman Talib sehingga menghasilkan Akta Pendidikan 1961.Pada era globalisasi akta ini digubal semula sehingga menghasilkan akta pendidikan 1996.Namun tidak semua dasar-dasar ini diikuti.Lihat sahaja perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris yang jelas bercanggah dengan Penyata Razak yang menjadi asas wujudnya dasar pendidikan kebangsaan.Bahkan ia juga bercanggah dengan artikel 152 perlembagaan Malaysia.Kini timbul pula gejala sosial di kalangan pelajar sekolah daripada bergaduh,rogol hinggalah kepada bunuh dan berzina sehingga melahirkan anak.Tidak ketinggalan juga para mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi(IPT).Sebenarnya mereka adalah generasi pewaris kepimpinan negara.Agak rugi jika jika masa muda tidak digunakan dengan sebaiknya.

Antara Buku karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Pemuda (Harapan & Perubahan).......

Menurut Dr. Yusuf Qardhawy,anak muda adalah perbendaharaan yang paling berharga. Ini kerana usia muda adalah waktu yang paling berkualiti. Di kala ini anak muda amat cergas tubuh badannya. Di kala muda amat sehat tubuh badannya. Dan di kala muda. Anak muda amat kuat mahu dan azamnya. Dr. Yusuf Qardhawi juga menegaskan bahawa anak muda adalah entiti yang amat penting ketika zaman awal perkembangan Islam. Anak muda menjadi tulang belakang penting mengangkat cahaya Islam ke serata dunia. Dr. Yusuf Qardhawi mempersoalkan adakah anak muda yang mempunyai tenaga yang tidak sedikit ini perlu menjadi lalai dengan perkara yang sia-sia. Sedangkan anak muda adalah aset yang sangat penting kepada negara. Anak mudalah sebenarnya yang mendukung cita-cita dan bertanggungjawab merealisasikan cita sesuatu bangsa. Terlalu banyak contoh-contoh di dalam Al-Quran yang menampilkan tentang peri pentingnya peranan golongan muda. Pemuda Al-Kahfi, Pemuda yang tidak bernama di dalam surah Yasin dan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Ini menunjukkan bahawa anak muda adalah sangat signifikan di dalam arus permerkasaan sesuatu tamadun.

Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhaw lagi katanya ;

“ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Menurut seorang ulama dan ilmuwan Islam terkenal dan juga pengarang buku ’Tarbiyatul Aulad’,Dr.Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya ”Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini” pemuda perlu kepada pembinaan dan persediaan supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani,akhlak,mental,jasmani serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi berbagai cabaran,melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam.Mereka tidak akan terseleweng,merasa lemah,terpesong bersama bawaan angin fitnah,menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan,berputus asa dan lemah semangat.Begitu juga mereka tidak tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.Pemuda yang mengecapi nikmat kemudaannya ,menjauhkan diri daripada kejahatan mata,lari dari kebatilan kaki-kaki mereka,beribadah(abid) pada waktu malam dan pejuang pada siang hari.Adakah kamu tahu wahai pemuda bahawa panji-panji kebenaran tidak akan dapat ditegakkan didalam jiwa manusia sejagat,kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelosok bumi dan dakwahnya tidak tersebar ke seluruh pelosok alam kecuali dengan tangan para pemuda yang telah ditarbiyah dengan madrasah Rasulullah S.A.W dan keluar dari institusi lengkap itu.

Maka di sini tergalas tanggungjawab yang amat besar dikalangan anak-anak muda yang faham tentang situasi ini untuk sama-sama menggerakkan matlamat ini.Wujudnya persatuan-persatuan mahasiswa di kampus merupakan wadah penting dalam melahirkan anak-anak muda yang bersahsiah tinggi.Peranan harus dimainkan oleh persatuan mahasiswa Islam,kelab kelab,NGO-NGO pelajar,persatuan anak negeri dan gerakan mahasiswa di setiap kampus agar dapat membina generasi yang dinanti-nantikan.

Read More......

Thursday, October 1, 2009

GEMPA BUMI DI PADANG…!!



Semalam berlaku satu gempa bumi berukuran 7.6 skala richter di Indonesia.Terkejut saya apabila salah seorang sahabat saya mengatakan dia juga turut merasai gegaran tersebut.Pada waktu itu dia berada di asrama Kolej Kediaman Ke-12 Universiti Malaya.Saya pada waktu itu pula berada di Main library(Perpustakan Utama) Universiti Malaya sedang menyiapkan assignment untuk pembentangan esoknya.Dia bagitau gempa bumi kat padang..Ingatkan di Padang Bola rupa-rupanya di Padang,Indonesia.


Ketika membelek akhbar keesokannya seramai hampir 200 nyawa telah terkorban dan ribuan lagi masih tertimbus.Beratus-ratus bangunan yang runtuh dan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal.Banguna hotel, sekolah, pasaraya semua habis runtuh ditambah lagi hujan lebat dan terputusnya bekalan elektrik menambah keperitan penduduk di sana.Atas dasar kemanusiaan pada pandangan saya kita di Malaysia wajar menghulurkan bantuan setakat yang termampu tanpa mengira batasan sempadan walaupun ada sebahagian rakyat di sana bertindak ganas dalm isu tarian yang dikatakan meniru mereka.

Read More......