Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Wednesday, March 17, 2010

Cendekiawan Islam

Melihat kepada email saya yang beralamat cendiakawan_islam@yahoo,com,my mungkin ada tertanya-tanya apa yang tersirat disebalik perkataan ini.Walaupun ejaannya silap sepatutnya dieja "cendekiawan" bukan cendiakawan.Mungkin sewaktu saya mula-mula mencipta email ini saya terlupa merujuk kamus maka tersilap ejaan.Patut la ada email yang tak sampai.

Sebenarnya inilah impian yang saya tanamkan sebaik sahaja menggengam keputusan SPM 2004.Siapa sangka anak muda yang pernah merangkak-rangkak dalam pelajaran mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.Saya pun tidak menyangka akan diterima masuk ke alam universiti.Apa tidaknya di peringkat awal dulu apabila sebut sahaja nama universiti maka saya merasakan bahawa universiti ini hanya untuk orang mempunyai IQ yang tinggi dan pandai,bukan macam saya yang kadang-kadang lambat tangkap apa yang cikgu ajar. Macam ni ke nak masuk universiti Mak dan ayah pun belajar sampai darjah 6 je sebab keluarga miskin.Inila yang mak cerita.Tetapi selepas itu saya sedar bahawa kerajinan adalah faktor terbesar dalam mencapai kejayaan.Ada sahabat saya yang datang dari keluarga miskin tetapi begitu tinggi semangat usahanya dalam pelajaran sehingga apabila saya memujinya dia akan menjawab "Aku ni orang miskin,tiada apa yang mampu aku lakukan untuk membalas jasa kedua ibubapaku melainkan dengan menghadiahkan sebuah kejayaan,aku tahu tiada apa yang mampu menggembirakan seorang ibu dan ayah melainkan melihat anaknya menjadi orang berjaya".Tersentak juga saya mendengar jawapannya kerana saya selama ini hanya fikirkan diri sendiri sahaja.Mungkin itu menyebabkan saya sedikit bersemangat untuk meneruskan usaha.Ketika itu aku tidak fikir berapa A yang saya ingin dapat tetapi bagaimana nak menukarkan dakwat "merah" kepada "hitam".Namun tidak disangka Allah telah memberikan saya lebih daripada itu.Mahu tidaknya Add Math yang saya asyik dapat F tu boleh dapat A dalam SPM.Siang malam saya buat latihan bertubi-tubi sampai satu buku soalan pun saya hafal.Takut fail punya pasal.Kalau fail macam mana saya nak berhadapan dengan Cikgu Maimunah,Cikgu Add Math yang sangat prihatin dan mengajar tanpa jemu walaupun beliau sering sakit dan kesihatan terganggu.Satu lagi malu nak tunjuk result kat mak dan adik-beradik yang lain.

Ternyata apabila saya masuk ke alam universiti,paradigma saya terhadap ilmu mula berubah.Saya lebih suka dengan ilmu-ilmu yang luar daripada bidang pengkhususan saya.Walaupan saya mengakui bahawa saya telah tersilap memilih kos pengajian kerana pengkhususan ini bukan dibawah kemampuan saya yang sebenar.Saya lebih suka menelaah buku-buku sejarah,politik,motivasi,keusahawanan dan buku-buku di luar bidang pengkhususan saya iaitu sains.Tak tahu apa yang dah terjadi pada diri ini.Kadang-kadang terfikir juga apa maknanya saya masuk universiti.Mungkin ada hikmahnya banyak ilmu yang saya dapat daripada ilmu memimpin,berorganisasi,mengenal orang,keberanian dan juga berijtihad.Mungkin ramai rakan-rakan saya menyangka yang saya sudah hilang minat untuk belajar tetapi di dalam hati ini masih membara semangat menuntut ilmu.Email yang saya abadikan dengan nama cendiakawan islam itu masih menjadi impian saya.Saya tidak pernah berputus asa untuk menggapai impian.Sekiranya ditakdirkan saya gagal sekali pun,saya akan terus berusaha kerana Allah melihat apa yang kita usahakan.Hari ini saya perlu menyusun kembali perancangan dan strategi supaya saya tidak hanya bercakap atau bermadah kata.


Kelmarin adalah sejarah yang tidak mungkin berulang,

Esok adalah khayalan yang belum nyata,

Tetapi hari ini adalah penentu siapa kita……


Sekurang-kurangnya saya masih ada hari ini untuk merancang dan tidak tahu bila akan kembali kepada Allah seperti sahabat-sahabat saya yang terlebih dahulu pergi.Sukar untuk saya menghuraikan maksud cendiakawan islam ini dalam ruang yang terhad ini.Saya berharap Allah permudahkan urusan saya.Moga Allah memakbulkan impian saya untuk menjadi seorang cendiakawan islam yang berminda negarawan..ameen

Read More......

Monday, March 8, 2010

DIARI SEORANG PRESIDEN (1)

5 Mac 2010(Jumaat)

Pagi

Aku mengambil pen dan menulis dalam Planner :-

Jumaat = Kelas Bimbingan Kerjaya(5-7ptg)
= Bertolak ke Kedah( malam)

Sabtu = Program simposium di Kedah (8 pagi – 6 ptg)
= Bertolak ke KL(malam)

Ahad = Meting di UIA Gombak

Pagi ini kelam kabut sikit.Aku perlu bergegas ke Puduraya untuk membeli tiket balik ke Alor Setar pada malam ini.Pada masa yang sama terpaksa bersedia menguruskan pembentangan dan slot penyelarasan untuk kursus Bimbingan Kerjaya.Kelas pun mula pada pukul 5ptg hingga 7ptg ini.Puan Zainon,Pensyarah kursus ini sudah pasti akan menyerahkan tugas mengendalikan kelas kepada aku selaku CEO Projek kerana selalunya beliau datang lewat.Memang aku ibarat pensyarah ganti kepada Puan Zainon.Itulah mandat besar yang beliau berikan kepadaku.Oleh itu aku perlu melaksanakan tugas ini dengan sebaiknya.

Petang

Seperti yang aku jangka pada pukul 5 ptg aku menerima mesej daripada Puan Zainon berbunyi " Mohon teruskan meting kursus bimbingan kerjaya! saya datang lewat.ada meting lihat di luar".Setelah melihat semua ahli kelas bersedia, aku pun memulakan perbincangan dan pembentangan.Jumlah ahli kelas semuanya 34 orang tapi yang hadir hari ini tidak penuh dan majoriti ahli kelas ini adalah mahasiswi.Ahli kelas ini datang daripada pelbagai fakulti.Sebenarnya aku baru sahaja dilantik menjadi CEO/Pengarah Projek sebelum cuti raya cina dan minggu ini adalah minggu kedua aku bertugas sebagai CEO Projek dan aku ada masa dalam 3 minggu sahaja lagi untuk mempersembahkan hasil pada hari Ko-Kurikulum.Kadang-kadang terfikir juga bagaimana aku nak mengurus dan menyusun sebuah organisasi dalam masa 5 minggu untuk melaksanakan satu projek yang tidak kurang besarnya.Apatah lagi memang aku tak pernah mengenali mereka dan berjumpa pun seminggu sekali.Aku tidak pasti sejauhmana mereka memahami gerakkerja berpersatuan/organisasi apatahlagi konsep ikhlas dan bertanggungjawab.Ternyata ini cabaran yang perlu aku hadapi.Puas semalam aku hafal nama setiap orang tapi tersasul juga.Kadang-kadang terkeluar jugak loghat Kedah aku..Setelah hampir sejam baru Puan Zainon datang.Aku pun menyerahkan kepada Puan Zainon untuk meneruskan sesi.Hari ini Puan Zainon telah mengajar berkenaan "Teori Holand" iaitu sifat atau kecenderungan kerjaya seseorang.Memang menarik!

Malam

Selepas habis solat Isyak,aku mula mengemas barang..Bas akan bertolak pukul 11 malam.Mujur ada teman serumah boleh juga hantar aku ke Puduraya.Semasa berada di atas bas, sempat aku membelek planner yang aku catat.Ada 2 perkara penting bermain dalan fikiran aku.Pertama,program esok hari yang padat dan aku belum tahu keaadaan sebenarnya.Tambahan pula aku sebagai seorang Presiden,tentunya sebagai tetamu penting esok apatahlagi persatuan yang aku terajui adalah penganjur utama program esok..Kedua,meting pada hari ahad di UIA Gombak.Setakat ini semua berjalan lancar dan kebanyakan ahli mesyuarat dapat hadir.Ini maklumat dari setiausaha aku.Maknanya Ahad ini aku boleh teruskan bentangkan agenda perbincangan.Alhamdullillah.malam ini aku perlu rehat secukupnya dan fokus untuk esok.

6 Mac 2010(Sabtu)

Pagi

Alhamdulillah,pagi ini selamat sampai juga ke Stesen Bas Shahab Perdana.Semasa menunaikan solat subuh di surau,aku terserempak dengan Abg Dzulkhairi,mantan Pres Gamis yang memang aku ketahui akan membentangkan kertas kerja pada program yang sama petang ini.Cuma tak sangka beliau baru juga bertolak malam tadi dari KL.Aku juga berjumpa seorang sahabat daripada Darul Quran yang kebetulan ingin ke program juga.Kami kemudian disambut oleh sahabat daripada Insaniah dan dibawa di rumah sewa untuk bersiap-siap.Katanya aku perlu berada di tempat program tepat pukul 8.30 pagi kerana YB Dato' Mahfuz Omar,Ahli Parlimen Pokok Sena akan memberi ucaptama pada permulaan pagi ini.Oleh itu aku perlu mengiringi Yang Berhormat ke pentas.Aku dimaklumkan oleh Ajk yang terlibat bahawa Forum pada malam tadi mendapat sambutan yang menggalakkan dan panas.Kerusi pun penuh sampai ke atas.Tepat pukul 8.30 pagi aku melangkah masuk dan disambut beberapa orang ajk program yang mungkin mengenaliku.Ada yang terukir senyum dan tidak kurang juga resah gelisah mungkin letih memikirkan program ini.Moga Allah membalas jasa mereka.Kemudian datang seorang anak muda segak dan kemas..di kad namanya tertulis "Pengarah, Simposium Mahasiswa wilayah Utara(SIMURA)"..Hmm..mungkin ini salah seorang generasi pelapis yang dimadsudkan oleh sahabat2ku di Insaniah.

Setelah mengiringi YB Dato' Mahfuz Omar untuk melakukan ucaptama dan ke bilik VIP,aku dimaklumkan untuk mengiringi pula Cikgu Azmi Abdul Hamid,seorang aktivis di dalam TERAS.Slot yang seterusnya adalah bersama Tuan Haji Ismail,Pengarah urusan HPA Industries dengan tajuk "membentuk mahasiswa berdikari dalam memacu ekonomi masa hadapan".Ini adalah slot terakhir untuk pagi ini.Kemudian akan bersambung pada sebelah petang pulak.

Petang

Petang ini hanya ada satu slot perbentangan sahaja iaitu oleh Abg Dzulkhairi,mantan Presiden Gamis sesi lepas dengan tajuk kupasannya ialah "Kepimpinan Mahasiswa Islam satu tanggungjawab".Majlis disudahi dengan ucapan penutupan oleh Saudara Idris,Presiden Gamis.Selepas habis program aku sempat beramah mesra dengan sahabat-sahabat daripada ipt lain seperti Uia,Utp,Utm dan sebagainya.Ternyata program ini mendapat sambutan daripada Ipt luar daripada wilayah utara.

Malam

Sebelum balik.Abg Dzulkhairi mengajak aku menziarahi rumah seorang sahabat di Alor Setar yang juga merupakan seniorku di kampus dulu.Kebetulan juga turut bersama kami adalah saudara Faisal Bin Mustafa,Mantan Presiden Persada Kedah sesi lepas.Banyak perkara yang kami bincang terutama berkaitan permasalahan di kampus dan tidak ketinggalan juga hal-hal berkaitan kerjaya masing-masing.Diam juga aku seketika memandangkan aku sorang sahaja di kalangan yang belum habis belajar dan bekerjaya.Apatahlagi nak fikir soal perkahwinan.Kursus bimbingan kerjaya yang aku ambik pun belum tentu dapat membantu.

Malam ni aku dan Abg Dzul akan sama-sama bertolak ke KL pada pukul 12 malam.Saja aku tempah lambat takut sampai awal sangat.Sebaik sahaja bas mula bergerak,aku tengok Abg Dzul dah terlentok tidur.Mungkin agak penat sepanjang hari berada di sini.Aku nak tidur tapi teringat tentang meting esok.Aku cuba mendapat respon daripada setiausaha dan ahli meting yang lain.Seorang demi seorang menghantar mesej tidak dapat hadir atas sebab tertentu.Aku cuba dapatkan respon daripada sahabatku di UIA yang mengatakan dia sudah bersedia dari segi tempat.Kini ahli mesyuarat tinggal 6 orang.Aku membuat keputusan untuk meneruskan meting kerana bagiku bukan mudah untuk mengadakan pertemuan dan aku tidak tahu bila lagi boleh berjumpa.Kebetulan juga sahabatku di UIA sudah sedia menanti.Tidak mahu aku menyalahkan mereka-mereka yang tidak dapat hadir.Sebagai seorang ketua,aku tidak boleh terburu-buru atau cepat melatah apatahlagi terlalu kecewa atau merajuk…Tanpa sedar aku terlelap juga.

7 Mac 2010(Ahad)

pagi

Selepas menunaikan solat subuh kami dijemput,kami dijemput oleh isteri Abg Dzul,Kak Rai.Rasa macam mengganggu pula.Aku dihantar sampai ke rumah sewa.Pagi itu pula aku terima perkhabaran bahawa seorang lagi ahli meting tidak dapat hadir.Setelah mandi dan bersiap2,aku kembali ke stesen LRT untuk ke Gombak.Kini tinggal 5 orang termasuk sahabatku di UIA.Aku pun membeli tiket dan disaat itu aku menerima perkhabaran kesemua ahli mesyuarat tidak dapat hadir kecuali aku dan seorang sahabatku di UIA disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.Tetapi aku sudah bersedia dengan semua ini.Jam menunjukkan pukul 9.30pagi.Ketika itu juga datang mesej daripada sahabatku di UIA "Wan,jadi ke mai UIA hari ini.?".Berat juga aku mengatakan tidak.Aku pun menaip "Ya".Aku pun bertolak berseorangan menuju ke UIA Gombak.Tak sampai hati aku membatalkan niatku sedangkan sahabatku sudah bersedia menunggu kedatanganku.Sekurang2nya ini merupakan salah satu ziarahku.Tidak perlu aku untuk menyalahkan sapa2 kerana aku bukan seorang penghukum tetapi hanya seorang ketua yang diamanahkan.Tidak perlu aku sedih,kecewa,merajuk atau putus asa.Kecil sangat ujian ini.Malu aku di hadapan Allah,Rasul dan para sahabat kalau aku tak mampu hadapinya.Banyak perkara yang aku ingin bincangkan dengan sahabatku.Semuanya sudah tersemat di pemikiranku.Setibanya di UIA,aku disambut olehnya.Walaupun dia agak terkejut.namun perbincangan berjalan dengan lancar.Memang susah nak berjumpa dengan sahabatku ini.Setelah selesai perbincangan aku pun meminta izinnya untuk pulang…petang ini aku tidur sepuas-puasnya..

Alhamdulillah,selesai juga perjalananku seketika bermula hari jumaat yang lalu.Esok ada lagi perjalanan yang perlu kutempuhi.Bukan sahaja sebagai seorang Presiden tetapi sebagai seorang hamba Allah yang dhaif. Namun banyak lagi perjalanan dalam hidup ini yang perlu aku tempuhi.Ini baru di pinggiran.Aku berdoa kepadaMu Ya Allah semoga aku dapat meneruskan perjalanan hidup ini sampai ke destinasi dengan selamat..Ameen..

Read More......