Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Thursday, September 10, 2009

ISU KEPALA LEMBU CEMARKAN RAMADAN SEBAGAI MADRASAH TARBIYAH

Isu perarakan Kepala Lembu ketika mengadakan protes di bangunan Selangor Kerajaan Negeri(SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu telah mencemarkan Ramadan sebagai madarasah tarbiyah dan pada ketika itu umat Islam baru genap seminggu menyambut Ramadan al-Mubarak.Mereka tidak mengambil peluang menjadikan bulan Ramadan sebagai ‘Madrasah Tarbiyah’.


Tindakan protes yang dilakukan kerana membantah keputusan Kerajaan Selangor untuk memindahkan kuil yang berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 bermula selepas solat Jumaat dengan ucapan berapi-api oleh beberapa wakil NGO di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan memijak kepala lembu yang masih belum kering darahnya yang diusung dari pintu masjid negeri beberapa ratus meter daripada bangunan tersebut.Mereka mensasarkan kemarahan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim,Exco Kebajikan Negeri Rodziah Ismail dan Exco Kesihatan Dr. A Xavier Jayakumar.


Tindakan mengarak kepala lembu dan memijak-mijaknya dianggap bukan sahaja bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri tetapi juga telah menyeret isu perkauman dan agama dalam perkara ini.Hal ini kerana lembu merupakan binatang suci dalam agama hindu dan dilarang membunuhnya.Tindakan memijak-mijak kepala lembu seolah-olah menyalahkan penganut agama Hindu dalam hal ini walaupun sasaran kemarahan mereka hanya beberapa individu di dalam Kerajaan Negeri Selangor.Jika pihak yang terlibat mengatakan mereka tidak berniat untuk membangkitkan kegelisahan kaum maka wujud persoalan mengapakah kepala lembu yang digunakan!bukan kepala ayam atau kepala kambing?!.


Maka perkara ini harus diambil pengajaran kerana dikuatiri mendatangkan fitnah kepada Islam.Kita dilarang mencela sembahan agama lain kerana dibimbangkan mereka akan mencela Allah secara melampaui batas seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-An’am ayat 108 yang bermaksud :-

“ Janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengehtahuan…”

Islam sentiasa mengajar kita agar bergaul baik dengan masyarakat bukan Islam agar mereka mengehtahui bahawa Islam adalah agama yang adil dan memberi keamanan kepada seluruh umat manusia.Rasulullah S.A.W sendiri menziarahi seorang tua Yahudi yang buta dan sakit walaupun dia sentiasa memaki dan menghina Nabi S.A.W sehingga dia memeluk Islam kerana akhlak yang baginda tunjukkan.Apatahlagi kita yang hidup dalam masyarakat pelbagai kaum memanggilkan masyarakat hindu dengan panggilan seperti ‘keling’, ‘paria’ dan sebagainya yang bertentangan konsep dakwah yang hendak kita bawa.Tambahan pula persepsi negatif yang sering ditonjolkan oleh Barat terhadap dunia Islam.Persepsi negatif yang masih sukar dihapuskan bertambah parah dengan sikap sebahagian umat Islam yang berpaksikan kepada perkauman semata-mata.


Seperti yang kita ketahui proses migrasi masyarakat India ke Malaysia berlaku secara besar-besaran di awal abad ke 18. Sebahagian besar daripada mereka telah dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja di sektor perladangan dan sebahagian lain pula bekerja sebagai buruh yang terlibat dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Dari jumlah penduduk Malaysia seramai 23.27 juta orang (2000), hampir 9% atau 2.0 juta orang terdiri daripada orang-orang India. 70% dari masyarakat India di Malaysia adalah berketurunan Tamil. Selebihnya terdiri daripada keturunan Telegu, Malayalee, Punjabi, Bengali dan Ceylonese Tamil. Hampir 80% daripada masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu.


Oleh itu saya berharap agar kita dapat menilai sesuatu itu mengikut kacamata kebenaran bukan nafsu semata-mata.Ramadan ini patut mendidik dan mentarbiyah kita menjadi insan yang berakhlak dan bertakwa.