Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Monday, November 2, 2009

KEAGUNGAN IMAN……


Sudah lama saya tidak mencoretkan warkah di dalam blog ini.Begitu juga saya sudah lama tidak meneliti dengan terperinci buku-buku gerakan Islam tulisan Ulama-ulama haraki.Hari ini saya sempat membelek sebuah buku tulisan syed Qutb bertajuk “Ma’alim fi Tariq” atau “petunjuk sepanjang jalan” yang pernah dibaca sewaktu saya berumur 17 tahun dahulu.Nama Syed Qutb ini memang sudah saya kenali sejak zaman persekolahan lagi selain As-syahid Imam Hasan Al-Banna.Nama mereka selalu disebut apabila membicarakan tentang sejarah gerakan Islam atau dalam usrah.Siapa tidak kenal Syed Qutb,seorang ahli bahasa dan sastera arab yang sudah menghafalkan al-Quran sejak berumur 10 tahun dan terkenal dengan tulisannya yang tajam serta sarat dengan pengisian.Tulisannya yang terkenal adalah kitab tafsir “Fi Zilalil Quran” yang tatapan yang berharga untuk generasi hari ini.Saya masih ingat di permulaan muqadimah Kitab Tafsir ini beliau ada menceritakan tentang perjalanannya ke Amerika yang merupakan negera kuasa besar serta kaya dengan pembangunan pada waktu itu.Syed Qutb mengatakan kebanyakan masyarakat di sini seolah-olah mati dan ibarat mayat yang berjalan serta tidak ada roh.Begitulah beliau sangat mengambil berat tentang masalah yang berlaku dikalangan masyarakat.

Saya tertarik tulisan beliau berkaitan keagungan Iman.Sebelum itu beliau memetik sepotong ayat al_Quran daripada Surah Ali Imran ayat 139 :-

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman…”

Arahan seperti ini datang untuk menghadapi rasa lemah dan dukacita(sedih) iaitu dua jenis perasaan yang selalu menghayati perasaan setiap orang yang menjalankan tugas-tugas dakwah ke jalan kebenaran,menghadapinya dengan rasa agung dan mulia di samping bersabar dan teguh memegang pendirian,rasa bangga yang tercetus dari hati orang yang berjiwa besar,orang yang tidak gentar menghadapi ujian hidup.Orang yang tidak gentar menghadapi kezaliman ujian hidup.

Perasaan agung dan mulia di dalam keadaan hidup masih lemah,pengikut masih kurang,wang masih kering itu sebenarnya sama sahaja bentuknya dengan perasaan agung dan mulia ketika sedang berada di puncak kekuatan,pengaruh dan kekayaan.Rasa agung dan mulia yang tidak mengenal mundur bila berhadapan dengan kekuasaan yang ganas,dengan tradisi sosial yang pincang,dengan perundangan yang batil dan dengan reality yang popular dan disukai masyarakat tapi bertentangan dengan konsep iman.

Setiap orang yang menentang arus masyarakat,yang menentang cara berfikir masyarakat,menentang adapt resam,nilai hidup,fikiran konsepnya,menentang penyelewengannya,tentunya kan merasa tersisih dan sedih hati kalau dia tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri.kerana Allah pasti tidak akan membiarkan orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan,kesepian menanggung beban yang berat.

Sesungguhnya orang beriman tidak akan mencedok nilai da pegangan hidupnya daripada sesame umat manusia kerana dia mencedoknya daripada Allah sahaja.di tidak rela mencedok sesuatu daripada sesame manusia kerana demikian beerti menjerumus ke lembah kehinaan dan menjadikan dia pengikut hawa nafsu.Oleh kerana demikianlah sikapnya maka dia tidak merasa dukacita dan lemah sedikit pun.Perlu apa dia merasa dukacita dan lemah?!!.

1 comments:

abduNYA said...

Salam

mohon ambil ilmu Allah d taman ini kerana aku baru mula mendaki..

salam lalu..

Post a Comment