Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Thursday, December 15, 2011

Read More......

Tuesday, January 25, 2011

MANA MILIK KITA

Tersebut kisah suatu ketika dahulu seorang suami dan isteri bersama seorang anak yang amat disayangi.Suatu masa si suami keluar merantau mencari rezeki pada jangka masa yang lama meninggalkan isteri dan anak tercinta.Ditakdirkan anak itu meninggal dunia tanpa diketahui oleh si suami tadi.Apabila pulang si isteri menyambut suaminya dengan wajah ceria sehingga suami terlupa bertanya tentang anak mereka.Sehingga ketika hendak tidur isteri tadi bertanya kepada suaminya sekiranya tuan punya barang bagi pinjam kepada kita dan kemudian ambil balik barang tersebut adakah kita akan reda.Suami pun berkata kita perlu reda.Maka isterinya pun menceritakan bahawa anak mereka adalah barang pinjaman yang telah diambil kembali oleh Allah.Terkejut suaminya...


Ya..betul kata isteri yang solehah itu..

Mana milik kita...

Rumah?kereta?anak?kecantikan?harta?..

hakikatnya Allah yang punya..

Oleh itu jgn kita lagak bicara...

bahawa kita miliki segalanya...

Sedangkan Allah sudah sediakan semuanya...

Sebaliknya...

Bersyukurlah dengan kurniaan Allah segalanya..

jangan sombong dengan bicara..

jangan angkuh dengan harta..

dan takbur bermaharajalela..

Nafsu menggila..

Sedangkan semua Allah yang punya..

tidak terlepas dari ciptaannya....


Kadang-kadang rasa macam ingin miliki segalanya sedangkan belum pasti mampu menjaganya.Apatah lagi semua pinjaman belaka.Nak harta yang banyak tetapi buta mata bila memilikinya...Nak disanjung dan dipuji tapi lupa diri bila mendapatnya..Nak hati tenang dan gembira tapi tidak meletakkan ketenangan itu di dalam hati .Nak hidup bahagia tapi tak ikut jalan kebahagiaa itu....


Ya Allah,

Andai esok subuhku yang terakhir.....

Biarku rasa bahagia..

Biarkan ku dimaafkan...

Biar ku dalam ketaatan..


Andai esok tidak hadir...

Biar dapat kumohon keampunan..

biar dapat kuucapkan kesyukuran..



Tapi andai esok masih ada,

Ya Allah,

biar ku bisik kerinduan...

keinsafan dan ketaatan kepadaMu..

Biar munajatku dalam syahdu..

merindui maghfirahMu..


Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Read More......

Tuesday, January 18, 2011

GURU KERJAYA MULIA

Baru-baru ni keputusan KPLI J-Qaf telah keluar.Ramai yang berjaya mendapat tawaran menjadi guru J-Qaf dan diminta melaporkan diri dalam masa terdekat..Yang sedang bekerja terus berhenti kerja demi menerima tawaran ini,..Yang x minat jadi cikgu pun pakat minta..Yang sedang menyambung master dan mengikuti latihan juga sanggup berhenti..kenapa?memang menjadi guru yang mempunyai gaji tetap ditambah dengan elaun dan pelbagai keistimewaan menjadi idaman setiap orang.Tambah sekarang bukan mudah nak dapat kerja tetap.persaingan sengit..tambahan pula kerjaya sebagai guru sangat menyeronokkan..siapa yang tidak seronok melihat anak-anak murid berjaya..Walaupun saya tidak meminati bidang perguruan sebagai kerjaya mungkin kerana saya tidak banyak bercakap dan tidak pandai berinteraksi dalam konteks seorang guru,tetapi tidak menolak kemungkinan menjadi seorang guru..kerana apa?kerana ia suatu kerjaya yang mulia..ilmu yang disebarkan kekal bermanfaat walaupun kita dah mati..Harap-harap suatu hari nanti saya akan mempunyai anak-anak murid untuk saya curahkan ilmu…terasa keindahan menjadi seorang guru..gembira tidak terkata bila anak murid Berjaya..berkongsi kesedihan bila anak murid tidak berjaya..gembira bukan kepalang melihat anak murid boleh mengenal A,B ,C daripada buta tidak mengenal huruf..Apa pun kita perlu menjadi guru kepada isteri dan anak-anak….semoga mereka menjadi insan yang soleh..

Read More......

Monday, January 17, 2011

Pengalaman Suatu Yang Berharga

Seringkali saya mendengar rungutan rakan-rakan yang baru grade tentang sesi interview masing-masing untuk mendapatkan kerja.Kebanyakan agensi atau kompeni mementingkan pengalaman sebagai syarat untuk diterima bekerja.Sehingga ada seorang rakan saya berpandangan “kalo mcm tu buat penat je aku ambik degree,nak minta keje kna ad pengalaman”...apapun memang pengalaman tu penting dalam kehidupan kita.Cuma pengertian pengalaman berbeza mengikut tafsiran masing-masing.Bagi saya kehidupan itu sendiri adalah satu pengalaman.Banyak pengajaran yang kita dapat.Bagi seorang ibu pengalaman mendidik anak-anak membolehkannya merasai keresahan hati anaknya.Bagi seorang yang memasak sekian lama sekali rasa sudah tahu mana yang kurang.slumber je potong bawang...bagi seorang anggota polis penyiasat pengalamannya berhadapan dengan penjenayah membolehkan dia tahu tipu-daya penjahat...xda chance org nak tipu polis..rasuah boleh kot..Bagi orang yang sekian lama mendiami suatu tempat dia akan tahu peta keseluruhan tempat tersebut..dalam satu program khidmat masyarakat saya prnah dikehendaki melukis peta kampung tersebut..dibantu seorang pak cik yang sudah tua tapi buta huruf..menariknya dia ingat tahu nama setiap penduduk kampung,rumah warna apa,jalan ad lubang ke tak...serba-serbi dia tahu..Seperti yang saya kata tadi kehidupan adalah satu pengalaman yg sgt berharga..sekiranya digunakan dengan sebaiknya..pengalaman mengembala kambing waktu kecil memberi ilmu kpd saya ttg kambing...waktu kecil saya memerlukan gam utk membuat kerja sekolah..nak beli x sempat..tapi Tok kata jgn risau nanti dia buat gam..Tok saya merebus ubi kayu sehingga menjadi kanji dan boleh dibuat gam..ooo..ubi kayu pun boleh buat gam..x sangka ye..waktu kecil dulu saya suka tangkap ikan laga..kt kedah panggil 'ikan karem'..masa tangkap warna dia x gelap sgt dan x cantik..kwan saya kata kalo nk cantik kna tanam dalam selama bbrapa hari..saya pun boh dalam botol dan tanam dalam tanah sambil buka ruang udara kat atas spaya ikan tu boleh brnafas..x sangka memang jadi..itulah pengalaman..kadang-kadang sukar dicari..

Read More......

Tuesday, November 30, 2010

Sepetang di Masjid Jamek dan Kisah Nabi Musa a.s dengan isterinya Safura..

Suatu petang yang memenatkan, saya bersendirian menaiki LRT ke masjid jamek untuk membeli barang keperluan..maklum lama tak keluar..Petang itu cuaca cerah tambahan pula ramai warga kota yang keluar..oo..cuti hari tu rupanya patut la sesak LRT apabila sampai di KL Sentral..Selepas turun daripada LRT menuju ke masjid jamek tiba-tiba bahu macam tersentuh,rupa-rupanya seorang pemuda sedang mengekori seorang gadis dengan ligatnya sehingga x perasan sehingga melanggar saya.Seolah-seolah pemuda itu mahu memikat gadis itu.Gadis itu pula senyum tersipu-sipu seolah-olah meraikan usikan pemuda tadi.Melihat gelagat mereka saya teringat pada kisah Nabi Musa a.s dan isterinya sebelum mereka kahwin jauh sekali beza dengan dua orang ini.:-

Kisah ini berlaku apabila Nabi Musa a.s melarikan diri dari Firaun ke sebuah negeri bernama Madyan.Kebetulan tempat pertama yang ditemuinya ialah suatu kawasan mata air.Di situ banyak terdapat gembala kambing biri-biri sedang memberi minum ternakanya.Mereka saling berebut untuk lebih dahulu memberikan air kepada ternakan masing-masing.Di antara kumpulan gembala kambing biri-biri itu terdapat dua orang gadis sedang berusaha mencegah agar biri-biri ternakan mereka tidak mendekati tempat air itu.
Ketika melihat perbuatan gadis-gadis itu,Nabi Musa a.s berasa hairan,lantas baginda bertanya :" Mengapakah kamu berdua berbuat begitu?".Secara serentak gadis-gadis manis itu menjawab : Biasanya kami tidak dapat memberi minum(ternakan kami) sehingga semua gembala itu memulangkan ternakannya,sedangkan bapa kami adalah seorang tua yang telah lanjut usia."(terjemahan Surah Al-Qasas ayat 23).Setelah mendengar kata-kata kedua gadis tersebut,Nabi Musa a.s terus menolong mereka.Baginda mengiring biri-biri kepunyaan kedua gadis itu ke tempat minuman.Dengan berdesak desak bersama kumpulan gembala yang lain,akhirnya baginda berjaya memberi minum semua biri-biri milik gadis-gadis itu.


Kedua gadis itu sangat berterima kasih kepada nabi Musa a.s.Mereka dapat pulang lebih awal daripada biasa.ayah mereka melihat hal itu.Lantas kedua gadis itu menceritakan perihal seorang lelaki muda yang telah menolong mereka .Kemudian ayah mereka menyuruh anak sulungnya yang bernama Safura supaya memanggil Nabi Musa a.s. "Maka datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua gadis itu berjalan malu-malu. Dia berkata, "Bapaku memanggil kamu untuk membalas kebaikanmu memberi minum ternakan kami." (terjemahan al-Quran surah Al-Qasas ayat 25). Nabi Musa a.s. menerima pelawaan itu. Baginda berjalan di belakang Safura menuju ke rumah ayahnya. Dalam perjalanan itu angin bertiup agak kencang sehingga kain Safura terselak dan nampak betisnya. Oleh kerana khuatir kepada godaan nafsu maka Nabi Musa meminta agar Safura berjalan di belakangnya. Safura menerima saranan itu dengan senang hati. Setelah tiba di rumah ayah Safura, Nabi Musa a.s. menemui seorang lelaki yang sudah tua dan soleh. Setelah berkenalan maka Nabi Musa a.s. menceritakan kisahnya yang menyebabkan baginda terpaksa merantau ke negeri itu. Orang tua itu bersimpati dengan nasib baginda, lantas berkata:
"Janganlah kamu takut. kamu telah selamat daripada orang-orang zaiim itu." (terjemahan Al-Quran surah Al-Qasas ayat 25).




Safura pula meminta agar ayahnya mengambil Nabi Musa a.s. sebagai pekerja.Beliau berkata :-

"Ya bapaku, ambillah dia sebagai orang yang (bekerja) dengan kita. kerana sesungguhnya orangyang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai."(terJemahanAl-Quran surah Al-Qasas ayat 26)Ayah Safura setuju dengan saranan anak gadisnya itu. Lantas beliau bertanya Safura mengenai Nabi Musa a.s. Maka Safura menceritakan hal kekuatan Nabi Musa a.s. ketika berdesak-desakan untuk memberi minum ternakan mereka di tempat air itu. Safura juga tidak lupa menceritakan betapa mulia dan beradabnya Nabi Musa a.s. ketika dijemput datang ke rumah mereka. Malah menceritakan juga tentang sikap baginda semasa dalam perjalanan sewaktu kainnya tersingkap oleh tiupan angin kencang itu.

Apabila mendengar cerita itu, ayah Safura semakin yakin kepada Nabi Musa a.s. Beliau setuju mengambil baginda sebagai pekerja malah beliau sangat suka kalau pemuda berhati mulia itu mahu menjadi menantunya. Untukitu ayah Safura berkata:
"Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang daripada kedua anakku ini, dengan syarat bahawa kamu bekerja denganku selama lapan tahun, dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah atas kemahuanmu dan aku tidak hendak memberati (memaksa) mu, dan kamu insyaallah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik." Nabi Musa a.s. setuju dengan usul itu lalu berkata:
"Itulah perjanjian antara aku dengan kamu. yang mana saja daripada kedua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tiada tuntutan tambahan atas diriku (lagi) dan Allah adalah saksi atas apa yang kita ucapkan." (terjemahan Al-Quran surah Al Qasas 27 & 28)

Maka kahwinlah Nabi Musa a.s. dengan Safura. Dan baginda menepati janjinya untuk bekerja dengan keluarga itu. Baginda sempurnakan tugasnya selama sepuluh tahun dengan ikhlas dan penuh amanah.

Demikian kisah Nabi Musa a.s dan isterinya Safura yang bolah diambil pengajaran..

Read More......

Saturday, September 18, 2010

Ustaz Dahlan : Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat

Hati ini terkejut menerima perkhabaran bahawa Mudirku Ustaz Dahlan bin Mohd Zain telah kembali ke rahmatullah pada 18 Ogos 2010 jam 10 pagi.Almarhum Ustaz dahlan merupakan pengasas Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyah,Beseri Perlis(MATRI).Setelah terlantar koma hampir sebulan akhirnya Allah menjemput beliau.Kesempatan menuntut ilmu di MATRI dari tahun 2000 hingga 2004 telah menjadikan saya sebahagian anak didik dan keluaran madrasah ini yang dipimpin oleh almarhum dan sahabat-sahabatnya yang berjiwa murabbi.Mungkin saya tidak pernah terfikir akan dihantar menuntut ilmu disana tetapi Allah telah memilih saya untuk mengenali salah seorang tokoh dakwah di Malaysia.Setiap kali selepas Ijtimak beliau akan membacakan “Maza yakni Intimai Islam” karangan Ustadh Fathi Yakan.Ustaz Dahlan merupakan salah seorang ulama sebaris dengan Dato' Dr Haron Din dan pernah sama-sama menuntut di Baghdad bersama dengan almarhum Ustaz Hasan Shukri dan Ustaz Md Daud Iraqi.Beliau juga dikenali oleh dunia luar.Oleh itu tidak hairanlah sewaktu kematiannya beliau turut dikunjungi oleh Raja Perlis,Sheik2 Arab dan ramai pengikut-pengikutnya...Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Read More......

Friday, September 3, 2010

MUNAJAT PADAMU YA ALLAH..........

Lirik Lagu Munajat

Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… Pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan… kubisikan kerinduan
Keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan...

Lagu & Lirik :-Rabbani



Ya Allah,
Kau tunjukkan kepadaku jalan kebenaran..
Hindarkanku daripada kemungkaran..
Jadikanlah aku orang yg sentiasa sujud padaMu
Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan hidup ini..
Jadikanlah aku hamba yang taat kepadaMu..
Pejuang yang ikhlas berjuang keranaMu..
Anak yang soleh yg sentiasa berdoa kepadaMu..
Ketua dan suami yg baik dan rendah hati keranaMu..
Dan matikanlah aku sebagai seorang pejuang dalam agamaMu..

Read More......

Friday, July 30, 2010

TAHNIAH ASHRAF dan HIZBUR !!



Tahniah diucapkan kepada saudara Ashraf Ridzuan kerana telah dinobatkan sebagai Juara Imam Muda buat pertama kalinya.Sememangnya saya sudah menjangkakan kemenangan beliau.Bagi saya beliau mempunyai bakat dan kredibiliti sebagai seorang Imam.Selaku junior beliau di sekolah dulu saya berasa bangga kerana beliau telah berjaya.Saya masih mengingati bagaimana beliau menjadi imam terawih di sekolah dan beliau juga pernah mewakili negeri Perlis pada pertandingan hafazan Al-quran peringkat kebangsaan.Selain itu,Imam muda Ashraf mempunyai bakat dalam sukan sepak takraw dan pernah mewakili sekolah.Siapa sangka saya akan berjumpa dengannya sekali lagi di UM.

Bagi Imam Muda Hizbur pula saya turut merasa bangga kerana beliau adalah anak jati Kedah,Negeri kelahiran saya.Keduanya beliau adalah anak anak seorang ulama.Ayahnya Tuan Guru Hj Omar Zuhdi mempunyai sekolah pondok di Parit Panjang cukup dikenali.Mana tidaknya seorang sepupu saya telah diberi nama Omar Zuhdi sempena nama tuan guru tersebut.Mungkin sebagai satu motivasi...

Apapun tahniah kepada kedua-dua Imam Muda Ashraf dan Hizbur.Loghat utara mereka boleh tahan.Kejayaan anda dan program ini memberi impak besar kepada masyarakat dan dunia.Mereka juga sudah isteri dan beruntung isteri dan keluarga mereka kerana suami yang berkaliber.Moga saya juga dapat menjadi seperti mereka....Amin

Read More......

Wednesday, July 14, 2010

BOLA SEPAK : RAMAI PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL BERAGAMA ISLAM!!!.....(1)

Final yang menemukan Belanda dan Sepanyol setelah dua pasukan gergasi iaitu Brazil dan Argentina tersingkir mencatat sejarah yang tersendiri apabila 14 kad kuning dan satu kad merah dilayang selain mencatatkan skuad La Roja,Sepanyol sebagai negara kelapan memenangi piala dunia.Para kaki judi ada yang menggigit jari dan ada yang kerugian ratusan ribu ringgit.Seekor Sotong bernama Paul di Jerman yang dikata mampu menilik dan meramal pasukan mana yang menang juga wujud dan meramal dengan betul.Lawak sungguh.Kepercayaan tahyul pun ada.Sejak bila sotong boleh berfikir tentang bola sepak.Ada yang kecewa dan tertekan kerana tersingkirnya pasukan pilihan.Tidak kurang juga yang sanggup menghabiskan wang terbang ke Afrika Selatan semata-mata untuk menyaksikan pasukan masing-masing beraksi.Begitulah kuasa bola sepak.Tapi bola itu bukanlah segala-galanya dan kita hidup bukan untuk bola.Cuma hidup kita je macam putaran bola kdg2 di atas dan kdg2 di bawah…
Melihat sebuah iklan bola di TV yang mana sekumpulan kanak-kanak bermain bola dalam keadaan hujan lebat mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak dahulu.Berkaki ayam,padang becak..bukan bola yang disepak tapi air berselut yang disepak..basah kuyup sampai demam.Tapi itu bermulanya saya menyukai sukan bola sepak.Saya rasa ramai juga yang begitu.Yang kaki bangku pun sebenarnya suka berbicara tentang bola sepak.Saya yang tak suka bergusti pun suka tgok Undertaker dan The Rock bergusti dalam WWF.Di zaman kanak2 saya sempat mengikuti piala dunia 1998 di Perancis(piala reformasi di Malaysia).Permainan samba dan cantik pasukan Brazil menyebabkan sehingga kini saya menjadikan Brazil sebagai pilihan.Begitu juga 2 gol tandukan Zinedine Zidane pada final menyebabkannya menjadi sebutan di kalangan rakan-rakan saya.Cermin mata pemain Belanda,Edgar David menjadi bualan..gaya rambut Ronaldo,penyerang Brazil kian menjadi ikutan..itulah bola sepak zaman kanak-kanak saya.. Apabila masuk sekolah menengah saya mula mengenali pasukan-pasukan Kelab Eropah.Semakin ramai pemain yang saya kenal.Selain pasukan Negeri Kedah salah satu pasukan kegemaran saya ketika itu adalah Liverpool.Ingat lagi ada kawan-kawan saya yang curi-curi keluar asrama semata-mata nak tgok bola kat luar sampai ditangkap oleh warden.Tapi saya tidak sampai ke tahap itu.Apabila masuk ke alam universiti saya semakin suka mengikuti perkembangan bola sepak dan banyak membaca tentang pemain-pemain bola sepak di seluruh dunia sehingga saya mampu mengingati dan menyebut biodata mereka.Tetapi saya mengelakkan menggntung gambar-gambar pemain di dinding rumah kerana pada saya risau menggantung seolah-olah menggagungkan mereka sedangkan mereka bukanlah orang yang patut diagungkan.
Namun apa yang mengejutkan saya semakin banyak saya mengkaji semakin banyak saya menemui pemain bola sepak terkenal yang beragama Islam.Zinedine Zidane memang sudah saya kenali sebagai seorang Muslim dan dia sendiri mengakui bahawa dia seorang Muslim tetapi kurang memperaktikkan ajaran Islam..Tapi ramai lagi pemain bola sepak yang beragama Islam.Antaranya :-







1) Theiry Henry :-lagenda Arsenal yang telah memeluk Islam setelah berpindah ke Barcelona. Penyerang yg cukup terkenal ini seringkali mengajak dunia supaya mengkaji isi2 Al-quran dan menyatakan pasti akan terpesona dgn keindahannya. Keputusannya untuk keluar dari Arsenal menyebabkan sedikit pergaduhan dalam keluarganya. Henry dipercayai mendapat hidayah hasil dorongan rakan sepasukannya di Barcelona iaitu Yaya Toure, Eric Abidal dan Lilillian Thuram selepas berpindah dr Arsenal.




2) Nicolas Anelka:- memeluk Islam ketika berkelana bersama kelab Fenerbache di Turki. Sering bermasalah di peringkat kelab menyebabkan kehilangannya dalam skuad Perancis dalam tempoh yang agak panjang sehinggalah Raymond Domenech memanggilnya menyertai skuad perancis untuk perlawanan kelayakan EURO 08. Penyerang berbakat ini telah meninggalkan Arsenal pada 1999 untuk ke Real Madrid yang menjadikanya pemain termahal kelab itu pada masa tersebut. Bagaimanapun, Anelka tidak dapat menyesuaikan diri dan menyertai kelaba lamanya, Paris St. Germain. Kemudiannya, Anelka telah menyertai 4 kelab Inggeris-Liverpool, Manchester City, Bolton Wandererers dan yang terbaru, Chelsea. Kombinasi semua perpindahanya adalah sebanyak 108 juta, menjadikannya pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak.Dihantar pulang oleh Raymond Dominech pada Piala Dunia 2010 kerana bertengkar dengannya.

3) Frank Ribery,midfield Bayern Munich yang berkahwin dengan wanita keturunan Algeria.Pemain ini sering berdoa sebelum memulakan perlawanan. Pemain penting dalam skuad Perancis. Ribery menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2006 dan mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama hingga ke perlawanan akhir. Menyertai Bayern Munich pada tahun 2007 dengan memecahkan rekod perpindahan kelab tersebut (26 million) dan menjadi inspirasi kepada kemenangan treble Bayern (Bundesliga, DFB Pokal, Piala Liga) Frank Ribery mengakui bahwa Islam adalah sumber kekuatannnya di dalam dan di luar lapangan. Terutama ketika ia sempat mengalami masa sulit dalam karier dan ia menemukan Islam yang memberi kedamaian.






4) Rami Shaaban,penjaga gol Sweden berketurunan Mesir yang membantu Sweden semasa kelayakan Euro 2008. Rami Shaaban bermain dengan baik di peringkat kelayakan EURO 08 dengan hanya melepaskan 2 gol daripada 4 perlawanan. Berketurunan Mesir daripada sebelah bapa, Rami Shaaban memulakan karier bersama kelab Zamalek, ketika masih menuntut di Universiti di Kaherah. kemudiannya, menyambung karier di kelab bahagian dua liga Sweden, FC Nacka sebelum berpindah ke kelab Djurgarden. Seterusnya, berpindah ke kelab Arsenal pada tahun 2002. Kini, Rami Shaaban bermain dengan kelab Hammarby.

5) Khalid Bolahrouz,pertahanan kanan/tengah Belanda yang berketurunan Maghribi dan pernah bermain untuk Chelsea serta mewakili Belanda dalam Piala Dunia 2010. Merupakan pemain yang terakhir digugurkan oleh Marco Van Basten semasa EURO 08, tetapi mendapat panggilan semula ke dalam skuad selepas Ryan Babel manarik diri akibat kecederaan. Memulakan karier profesional di kelab RKC Waalwijk di bawah kendalian jurulatih, Martin Jol. Bermain dalam kesebelasan utama Belanda pada Piala Dunia 2006, tetapi telah dibuang padang ketika bertemu dengan Portugal. Boulahrouz menyertai Chelsea selepas Kejohana Piala Dunia tetapi tidak mendapat tempat dalam kesebalasan utama dan telah dipinjam ke kelab Sevilla.


6) Zlatan Ibrahimovic,penyerang profilik yang merupakan penyerang yang paling digeruni di Seri A Italia ini memang lahir dari keluarga muslim. Dia lahir dan besar di Malmo, kota terbesar ke tiga di Swedia, (saya pernah mampir ke kota ini tahun 2000) dan tempat komunitas muslim paling besar di negeri itu. Ibra adalah imigran di Swedia dari ayah yang asli Bosnia dan Ibu keturunan Kroasia.Sekarang ini dia bermain untuk kelab Barcelona.

7) Kolo Habib Toure,bekas pemain Arsenal dari Ivory Coast dan kini kapten di Machester City.Bermain sebagai bek tengah dan mengakui mempraktikkan Islam dalam hidupnya.


8) Yaya Toure,adik kepada kolo toure ini tidak kurang hebatnya.Pemain versatile yang boleh bermain samaada sebagai bek tengah atau midfield bertahan sekarang adalah pemain bintang di Barcelona.





9) Lilian Thuram,pertahan tengah/kanan merupakan tonggak utama kejayaan Perancis pada piala dunia 1998.Pemain paling berpengalaman dan paling banyak mempunyai cap antarabangsa dalam skuad Perancis. Kapten Perancis ini juga merupakan pemegang rekod sebagai pemain paling banyak beraksi dalam kejohanan EURO ( EURO 96, 00, 02, 04, 06) dan juga telah bermain dalam 3 Piala Dunia. Telah bersara pada selepas kejohanan Euro 2004, tetapi kembali semula ke dalam skuad Perancis setahun kemudian. Memulakan karier di kelab AS Monaco, sebelum menghabiskan 10 tahun di Itali ( 5 tahun bersama kelab Parma, 5 tahun bersama kelab Juventus), sebelum menyertai Barcelona.



10) Eric Abidal,pertahanan tengah/kiri ini bermain untuk kelab As Monaco dan Lille sebelum berpindah ke kelab Olympique Lyon pada tahun 2004 dan memenangi hatrik kejuaraan Ligue 1. Menyertai Barcelona dengan bayaran kira-kira 15 juta dan bermain 11 kali dalam pusingan kelayakan EURO 08-semuanya sebagai pemain utama.Menggantikan Patrice Evra sebagai kapten semasa perlawanan terakhir Perancis peringkat kumpulan ketika Piala Dunia 2010.

11) Samir Nasri,merupakan midfield Arsenal berketurunan Algeria ini telah menghabiskan 4 musim bersama kelab Olympique de Marseille dimana dia telah digelar sebagai "Zinedine Zidane baru". Pemain muda berbakat ini telah memenangi anugerah Pemain Paling Berbakat dalam Ligue 1 bagi tahun 2006/07. Nasri telah menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika penampilanya yang ke-3 bersama Perancis- gol tunggal perlawanan ketika bertemu Georgia di Auxerre.Menjaringkan gol penampilan pertama bersama Arsenal dan merupakan tonggak utama.Ramai menyalahkan Raymond dominech kerana menggugurkannya dari skuad Piala Dunia Perancis 2010.







12) Robin Van Persie,Memeluk agama Islam selepas tertarik dengan rakan-rakan berketurunan Maghribi ketika kecil dan isteri Pemain tampan yang mempuyai sepakan kaki kiri yang hebat ini telah menghabiskan 2 musim terakhir di kelab Arsenal dengan dibelenggu kecederaan dan hanya membuat 13 penampilan dalam liga perdana Inggeris bersaman The Gunners pada musim 07/08. Walaubagaimanapun, Persie menjadi penyerang utama Arsenal setelah perpindahan Adebayor ke Machester City dan juga penyerang utama utama Belanda di EURO 08 dan Piala Dunia 2010.Persie memenangi Piala FA pada musim pertamanya; membantu Arsenal mara ke perlawanan akhir Liga Juara-jaura Eropah pada tahun berikutnya tetapi tidak beraksi di perlawanan akhir ketika bertemu Barcelona akibat daripada kecederaan. Memainkan peranan penting dalam kempem permulaan kelayakan dengan meyumbat 4 gol daripada 3 perlawanan untuk Belanda sebelum dilanda kecederaan.

Nantikan edisi seterusnya…..sambungan

Read More......

Friday, April 30, 2010

(SEMPENA HARI PEKERJA)DARIPADA PENGEMBALA KAMBING KEPADA 'AMILIN ISLAM

Pada 1 Mei nanti merupakan sambutan hari pekerja yang memberi makna dan simbolik yang cukup besar kepada para pekerja seluruh dunia.Dunia pekerjaan ini cukup luas daripada tukang sapu,mat despat,petani,nelayan,guru sehinggalah pegawai besar.Semuanya memberi sumbangan berdasarkan kepakaran masing-masing.Jangan kita memperlekehkan walaupun seorang tukang sapu kerana tanpa mereka tentu tiada orang yang akan membersihkan sampah.Begitu juga seorang nelayan yang mengharungi samudera dan panas terik demi membekalkan ikan kepada orang lain.Dengan titik peluh ini juga mereka memberi makan dan membesarkan anak-anak sehingga menjadi pelajar yang cemerlang.Siapa tidak kenal Madihah,pelajar terbaik SPM yang ayahnya hanya bekerja sebagai nelayan.Bahkan ramai yang berjaya dalam bidang akademik merupakan anak-anak petani dan penoreh getah.Apapun pekerjaan dan bermanfaat merupakan pekerjaan yang mulia.Saya tidak pernah terfikir kerjaya sebagai tukang baiki kasut sehingga kasut saya terkoyak.Maka saya mencari tukang kasut di tepi-tepi koridor untuk membaikinya.Kalau tidak terpaksa saya keluarkan duit yang lebih untuk membeli kasut baru.Begitu juga pada suatu hari di Kedah pernah saya menaiki moto dari kulim ke Alor Setar yang jaraknya lebih 90km yang mana tayar moto saya pancit.Puas saya mencari kedai moto.Kebetulan hari itu ada kedai moto yang bercuti sehingga saya akhirnya berjumpa kedai yang jaraknya sangat jauh.Pada hari itu baru saya sedari betapa pentingnya mekanik moto.Tanpa mereka agak sukar perjalanan semua orang.Oleh itu janganlah kita memperkecilkan mereka yang berniaga kecil-kecilan di tepi jalan demi mencari sesuap nasi.


PENGEMBALA KAMBING

Namun begitu kita digalakkan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki.Mungkin waktu kecil-kecil dulu kita masih ingat bahawa kita pernah diberi tugasan atau pekerjaan oleh mak atau ayah membeli kicap atau bawang di kedai ataupun menjaga adik yang masih kecil.Ada yang tolong kutip susu getah atau memberi makan kepada ayam.Saya masih ingat sewaktu umur saya 4 atau 5 tahun kerjaya saya adalah sebagai seorang pengembala kambing.Bukan part-time tapi full time.Susah nak percaya tapi itulah realitinya.Mungkin antara pengembala kambing termuda di Malaysia ketika itu.Hal ini kerana kambing itu milik bapa saudara saya yang berada jauh kerana mempunyai pekerjaan tetap.Maka sebagai anak lelaki sulung keluarga sebelah mak terpaksa saya mengambilalih menjaga kambing yang hampir 50 ekor.Kerjaya saya bermula pada pukul 9.30 atau 10 pagi dengan menaiki basikal cabuk warisan turun temurun melepaskan kambing daripada kandang yang tidak jauh dari rumah saya dan rumah datuk.Kambing-kambing ni saya bawa ke kawasan kelapa sawit dan padang yang hampir dengan hutan.Pukul 12 saya balik rumah semula untuk makan,solat dan mandi Pukul 2 saya datang semula untuk tengok kambing.Takut pi tempat yang jauh susah nak panggil balik nanti.Kemudian pukul 4 rumah semula untuk rehat dan solat.Kalau tak balik solat alamat kena rotan dengan mak,tok atau makcik-mak cik saya yang tegas dengan soal ini.Apatahlagi waktu tu memang liat nak solat.Lebih baik tak balik,boleh gak mengail ikan kt parit ataupun main layang-layang kat tepi padang.Kemudian kul 6 plak baru saya gi cari kambing yang memang x boleh duduk diam.Kadang-kadang sampai maghrib baru dapat bawa semua masuk kandang balik.Apa lagi balik memang kena berleter dengan mak la.Setiap hari saya kena kira kambing yang masuk kandang kalau tak cukup terpaksa pi cari petang tu jgak atau esok pagi.Terima kasih Mak Lang dan Mak Cik tolong ajar kira 1 sampai 50.Tapi itulah kerjaya saya ketika itu.Apapun saya sangat gembira menjadi seorang pengembala walaupun agak mencabar.Bayangkan kadang-kadang saya berhadapan dengan sekumpulan anjing liar,babi hutan,ular dan kera-kera liar.Tapi yang saya paling takut adalah lembu yang mempunyai anak kecil dan anjing liar.Senjata utama saya ialah lastik yang ibarat pistol bagi saya.Kadang-kadang ada sahaja idea untuk cipta senjata daripada adunan lidi kelapa sawit dan getah bulat.Takut punya pasal.Mahu tak takut pernah dikejar anjing liar sampai 2 hari trauma nak pi hutan.Begitulah dugaan menjadi seorang pengembala.Tetapi pengalaman ini telah mengajar saya banyak benda antaranya melatih menjadi orang yang tabah dan sabar.Sabar melayan kerenah kambing-kambing yang tak faham bahasa.Melatih menjadi anak muda yang lasak dan berani.Berani berhadapan dengan suasana genting dan paling penting telah mengajar saya tentang alam ciptaan Allah yang penuh keajaiban.Kadang-kadang saya terfikir hikmah Rasulullah S.A.W menjadi pengembala kambing sewaktu kecil.Mungkin sebagai persediaan untuk melayan kerenah masyarakat jahiliyah yang kejahilan mereka sama dengan binatang yang tak tahu apa-apa.Sewaktu masuk sekolah rendah saya terpaksa bahagi-bahagikan masa tapi x da masalah kadang-kadang xda kelas sebelah petang.Kerja full time saya sebagai pengembala kambing berakhir apabila saya sambung belajar sekolah menengah di negeri Perlis.

Bersama Mak Jang dan kambing-kambing sewaktu umur 3 tahun..permulaan karier sebagai seorang pengembala kambing.(Gambar lama yg di scan)


Waktu malam kena mengaji Al Quran

Hmm…waktu kecil asyik lari daripada anjing dan kejar kambing tapi bila masuk Sek Men berjaya dapat no 3 merentas desa dan jadi wakil sekolah ke peringkat negeri Perlis.Berbaloi gak dikejar anjing dulu….


PENJUAL SAYUR DAN PENGUTIP GETAH

Pekerjaan saya sebagai peniaga sayur dan pengutip susu getah bermula apabila Pak Ngah saya meminta menolongnya pada waktu cuti kerana saya tinggal di asrama.Saya mengutip susu getah seawal 6.30 atau 7.00 pagi selepas ditoreh.Ratusan pokok juga nak kena ambil susunya.Kemudian pada pukul 2 petang hingga 10 malam menjual sayur di tepi jalan.Hampir 30 jenis sayuran saya perlu kenal beserta harga semasa yang saya perlu update setiap hari berdasarkan harga pasaran.Saya mendapat RM15 atau RM20 setiap hari sebagai upah.Kecekapan mengira menggunakan timbangan amat penting disamping mengingati harga semasa setiap barang.Saya diajar supaya menjual sayur yang betul-betul elok sahaja dan elakkan atau melebihkan harga atau timbangan.Kata Pak Ngah biar untung sikit tapi berkat dan bercakap jujur dengan pembeli.Menjadi penjual sayur mengajar saya mengenali pelbagai jenis sayur dan ulam serta mengehtahui harga pasaran sayuran dan yang paling penting bagaimana cara berniaga serta untung dan rugi.


PEMBANTU KANTIN

Selepas SPM banyak masa kosong sementara nak tunggu result.Mak pun suruh kerja boleh gak tampung duit.Kalau dapat masuk IPT banyak nak guna duit.Kebetulan Mak Ngah tawar kerja dengan kenalannya sebagai pembantu kantin di sebuah kilang sarung tangan Kulim.Antara kilang terbesar kat situ.Kerjanya membasuh pinggan dan bancuh air je.Gaji dalam RM15 sehari selama 12 jam ikut syif sebab kilang ni beroperasi 24 jam.Ini pertama kali saya bekerja dengan orang maka saya perlu tunjukkan komitmen yang terbaik.Setiap hari kul 7.00 pagi saya dah melakukan tugas bermula dengan siang ikan,ayam sayur dan sebagainya.Banyak gak untuk ratusan orang.Tengahari pula saya perlu bersedia dengan timbunan pinggan dan cawan yang banyak.Banyak formula yang saya cuba guna untuk urus masalah ini hingga dapat formula terbaik pengurusan secara sistematik.Kadang-kadang terpaksa jadi pembancuh air.Di sini saya belajar buat teh tarik dan segala jenis minuman.Memang tarik sungguh.Tapi kadang-kadang saya diberi kepercayaan untuk menjadi 'cashier' di kaunter.Letih juga saya melayan kerenah orang dewasa daripada pelbagai kaum dan pekerja asing.Baru saya kenal Mat Kilang dan Minah Kilang.Ada juga budak lepasan SPM seperti saya bekerja secara kontrak.Kalau terkena syif malam pukul 2 atau 3 pagi memang kena bersedia.Sepanjang saya bekerja hampir 4 bulan belum pernah saya mengambil cuti.Apabila dapat tawaran ke IPT saya pun memohon keizinan untuk berhenti.

'AMILIN ISLAM

Apabila masuk alam Universiti saya banyak menyertai program-program berbentuk pembinaan ruh dan usrah.Daripada ini saya ditanamkam fikrah perjuangan Islam yang suci sehingga saya difahamkan untuk menjadi seorang 'amilin Islam walau dimana saya berada.Dipasakkan untuk melakukan amal Islami dengan rasa ikhlas dan tanggungjawab.Pekerjaan ini merupakan satu kewajipan walaupun tidak menjanjikan upah yang lumayan bahkan terpaksa menginfakkan wang sendiri.Maka saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi antara petugas amal Islami yang dilakukan secara berjemaah.Kali ini saya tidak berseorangan tapi tetapi secara berkumpulan.Sebagai seorang Dai'e atau 'amilin Islam maka saya perlu sentiasa mentarbiyah diri saya dengan ruh-ruh Islam.Antara manual tarbiyah sebagai seorang 'amilin Islam ialah :-


MASA

PERKARA

Harian

1)Baca mathurat pagi dan petang

2)Baca Al-Quran setiap kali selepas solat

3)Solat sunat rawatib

4)Solat sunat Dhuha

5)Zikir harian

6)Solat wajib diwal waktu dan berjemaah

7)Baca Al-Mukl sebelum tidur

Mingguan

1)Puasa sunat Isnin dan Khamis

2)Qiamullail sekurang2nya 3 kali seminggu.

Bulanan

1)Menghabiskan sekurang-kurangnya satu buku haraki dan satu buku tambahan


Cadangan Buku Bacaan :-

Bil

Bidang

Tajuk Buku

1

Akidah

1)Muqadimah Akidah Muslim-Abd Hadi Awang

2)Apa Ertinya saya menganut Islam-Fathi Yakan

3)Empat istilah-Al-Maududi

5)Aqidah Islamiyah – Hasan Al-Banna

6)Al-Islam : syahadah dan perkara-perkara yang membatalkannya – Said Hawa

7)Manhaj Hidup Muslim – Syed Qutb

2

Fikrah Perjuangan

1)Aqidah & Perjuangan –Ustaz Fadzil Noor

2)Islam : Fikrah,Harakah & Daulah- Abd Hadi Awang

3 Islam harakah dan perkembangannya – Fathi Yakin

3

Fiqh Dakwah

1)Usul Dakwah – Abd Karim Zaidan

2)Dakwah Fardiyah – Mustafa Masyur

3)Bahtera Penyelamat – Fathi Yakan

4)Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah- Fathi Yakan

5)Jalan Dakwah – Mustapha Masyur

4

Sirah

1)Fiqh Sirah – Ramadhan Al-Buti

2)Manhaj haraki dari sirah nabi – Munir Ghatban

3)Sirah Ibn Hisham- Ibn Hisham

6

Tarbiyah

1)Tarbiyah Islamiyah Harakah – Abd Hadi Awang

2)Usrah dan Harakah – Yaakub Husin

3)Peringkat-peringkat tarbiyah Ikhwanul Muslimin – Ali Abd Halim Mahmud

7

sosiologi

1)How to get friend and influent people – Carnegie

2)Law of Attraction

3)Principle Centered Leadership-Stephen Convey

4)Strategies for Taking Charge-Bennis and Nanus

Read More......

Sunday, April 4, 2010

LAMBAIAN MENARA GADING 2010



Jemput kepada sahabat-sahabat yang mempunyai adik-adik @ saudara-mara @sahabat handai yang bakal ke IPTA atau IPTS sama ada didalam atau luar negara untuk mengajak mereka menyertai program ini.
PERCUMA(makanan n bahan disediakan).

Antara Pengisian menarik :-
perkongsian bersama :

1)Bekas penuntut luar negara & timur tengah
2)Bekas Penuntut Ijazah & Diploma
3)Bekas Penuntut Matrikulasi
4)LDK dan sebagainya...

Read More......

Wednesday, March 17, 2010

Cendekiawan Islam

Melihat kepada email saya yang beralamat cendiakawan_islam@yahoo,com,my mungkin ada tertanya-tanya apa yang tersirat disebalik perkataan ini.Walaupun ejaannya silap sepatutnya dieja "cendekiawan" bukan cendiakawan.Mungkin sewaktu saya mula-mula mencipta email ini saya terlupa merujuk kamus maka tersilap ejaan.Patut la ada email yang tak sampai.

Sebenarnya inilah impian yang saya tanamkan sebaik sahaja menggengam keputusan SPM 2004.Siapa sangka anak muda yang pernah merangkak-rangkak dalam pelajaran mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.Saya pun tidak menyangka akan diterima masuk ke alam universiti.Apa tidaknya di peringkat awal dulu apabila sebut sahaja nama universiti maka saya merasakan bahawa universiti ini hanya untuk orang mempunyai IQ yang tinggi dan pandai,bukan macam saya yang kadang-kadang lambat tangkap apa yang cikgu ajar. Macam ni ke nak masuk universiti Mak dan ayah pun belajar sampai darjah 6 je sebab keluarga miskin.Inila yang mak cerita.Tetapi selepas itu saya sedar bahawa kerajinan adalah faktor terbesar dalam mencapai kejayaan.Ada sahabat saya yang datang dari keluarga miskin tetapi begitu tinggi semangat usahanya dalam pelajaran sehingga apabila saya memujinya dia akan menjawab "Aku ni orang miskin,tiada apa yang mampu aku lakukan untuk membalas jasa kedua ibubapaku melainkan dengan menghadiahkan sebuah kejayaan,aku tahu tiada apa yang mampu menggembirakan seorang ibu dan ayah melainkan melihat anaknya menjadi orang berjaya".Tersentak juga saya mendengar jawapannya kerana saya selama ini hanya fikirkan diri sendiri sahaja.Mungkin itu menyebabkan saya sedikit bersemangat untuk meneruskan usaha.Ketika itu aku tidak fikir berapa A yang saya ingin dapat tetapi bagaimana nak menukarkan dakwat "merah" kepada "hitam".Namun tidak disangka Allah telah memberikan saya lebih daripada itu.Mahu tidaknya Add Math yang saya asyik dapat F tu boleh dapat A dalam SPM.Siang malam saya buat latihan bertubi-tubi sampai satu buku soalan pun saya hafal.Takut fail punya pasal.Kalau fail macam mana saya nak berhadapan dengan Cikgu Maimunah,Cikgu Add Math yang sangat prihatin dan mengajar tanpa jemu walaupun beliau sering sakit dan kesihatan terganggu.Satu lagi malu nak tunjuk result kat mak dan adik-beradik yang lain.

Ternyata apabila saya masuk ke alam universiti,paradigma saya terhadap ilmu mula berubah.Saya lebih suka dengan ilmu-ilmu yang luar daripada bidang pengkhususan saya.Walaupan saya mengakui bahawa saya telah tersilap memilih kos pengajian kerana pengkhususan ini bukan dibawah kemampuan saya yang sebenar.Saya lebih suka menelaah buku-buku sejarah,politik,motivasi,keusahawanan dan buku-buku di luar bidang pengkhususan saya iaitu sains.Tak tahu apa yang dah terjadi pada diri ini.Kadang-kadang terfikir juga apa maknanya saya masuk universiti.Mungkin ada hikmahnya banyak ilmu yang saya dapat daripada ilmu memimpin,berorganisasi,mengenal orang,keberanian dan juga berijtihad.Mungkin ramai rakan-rakan saya menyangka yang saya sudah hilang minat untuk belajar tetapi di dalam hati ini masih membara semangat menuntut ilmu.Email yang saya abadikan dengan nama cendiakawan islam itu masih menjadi impian saya.Saya tidak pernah berputus asa untuk menggapai impian.Sekiranya ditakdirkan saya gagal sekali pun,saya akan terus berusaha kerana Allah melihat apa yang kita usahakan.Hari ini saya perlu menyusun kembali perancangan dan strategi supaya saya tidak hanya bercakap atau bermadah kata.


Kelmarin adalah sejarah yang tidak mungkin berulang,

Esok adalah khayalan yang belum nyata,

Tetapi hari ini adalah penentu siapa kita……


Sekurang-kurangnya saya masih ada hari ini untuk merancang dan tidak tahu bila akan kembali kepada Allah seperti sahabat-sahabat saya yang terlebih dahulu pergi.Sukar untuk saya menghuraikan maksud cendiakawan islam ini dalam ruang yang terhad ini.Saya berharap Allah permudahkan urusan saya.Moga Allah memakbulkan impian saya untuk menjadi seorang cendiakawan islam yang berminda negarawan..ameen

Read More......