Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Wednesday, March 17, 2010

Cendekiawan Islam

Melihat kepada email saya yang beralamat cendiakawan_islam@yahoo,com,my mungkin ada tertanya-tanya apa yang tersirat disebalik perkataan ini.Walaupun ejaannya silap sepatutnya dieja "cendekiawan" bukan cendiakawan.Mungkin sewaktu saya mula-mula mencipta email ini saya terlupa merujuk kamus maka tersilap ejaan.Patut la ada email yang tak sampai.

Sebenarnya inilah impian yang saya tanamkan sebaik sahaja menggengam keputusan SPM 2004.Siapa sangka anak muda yang pernah merangkak-rangkak dalam pelajaran mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.Saya pun tidak menyangka akan diterima masuk ke alam universiti.Apa tidaknya di peringkat awal dulu apabila sebut sahaja nama universiti maka saya merasakan bahawa universiti ini hanya untuk orang mempunyai IQ yang tinggi dan pandai,bukan macam saya yang kadang-kadang lambat tangkap apa yang cikgu ajar. Macam ni ke nak masuk universiti Mak dan ayah pun belajar sampai darjah 6 je sebab keluarga miskin.Inila yang mak cerita.Tetapi selepas itu saya sedar bahawa kerajinan adalah faktor terbesar dalam mencapai kejayaan.Ada sahabat saya yang datang dari keluarga miskin tetapi begitu tinggi semangat usahanya dalam pelajaran sehingga apabila saya memujinya dia akan menjawab "Aku ni orang miskin,tiada apa yang mampu aku lakukan untuk membalas jasa kedua ibubapaku melainkan dengan menghadiahkan sebuah kejayaan,aku tahu tiada apa yang mampu menggembirakan seorang ibu dan ayah melainkan melihat anaknya menjadi orang berjaya".Tersentak juga saya mendengar jawapannya kerana saya selama ini hanya fikirkan diri sendiri sahaja.Mungkin itu menyebabkan saya sedikit bersemangat untuk meneruskan usaha.Ketika itu aku tidak fikir berapa A yang saya ingin dapat tetapi bagaimana nak menukarkan dakwat "merah" kepada "hitam".Namun tidak disangka Allah telah memberikan saya lebih daripada itu.Mahu tidaknya Add Math yang saya asyik dapat F tu boleh dapat A dalam SPM.Siang malam saya buat latihan bertubi-tubi sampai satu buku soalan pun saya hafal.Takut fail punya pasal.Kalau fail macam mana saya nak berhadapan dengan Cikgu Maimunah,Cikgu Add Math yang sangat prihatin dan mengajar tanpa jemu walaupun beliau sering sakit dan kesihatan terganggu.Satu lagi malu nak tunjuk result kat mak dan adik-beradik yang lain.

Ternyata apabila saya masuk ke alam universiti,paradigma saya terhadap ilmu mula berubah.Saya lebih suka dengan ilmu-ilmu yang luar daripada bidang pengkhususan saya.Walaupan saya mengakui bahawa saya telah tersilap memilih kos pengajian kerana pengkhususan ini bukan dibawah kemampuan saya yang sebenar.Saya lebih suka menelaah buku-buku sejarah,politik,motivasi,keusahawanan dan buku-buku di luar bidang pengkhususan saya iaitu sains.Tak tahu apa yang dah terjadi pada diri ini.Kadang-kadang terfikir juga apa maknanya saya masuk universiti.Mungkin ada hikmahnya banyak ilmu yang saya dapat daripada ilmu memimpin,berorganisasi,mengenal orang,keberanian dan juga berijtihad.Mungkin ramai rakan-rakan saya menyangka yang saya sudah hilang minat untuk belajar tetapi di dalam hati ini masih membara semangat menuntut ilmu.Email yang saya abadikan dengan nama cendiakawan islam itu masih menjadi impian saya.Saya tidak pernah berputus asa untuk menggapai impian.Sekiranya ditakdirkan saya gagal sekali pun,saya akan terus berusaha kerana Allah melihat apa yang kita usahakan.Hari ini saya perlu menyusun kembali perancangan dan strategi supaya saya tidak hanya bercakap atau bermadah kata.


Kelmarin adalah sejarah yang tidak mungkin berulang,

Esok adalah khayalan yang belum nyata,

Tetapi hari ini adalah penentu siapa kita……


Sekurang-kurangnya saya masih ada hari ini untuk merancang dan tidak tahu bila akan kembali kepada Allah seperti sahabat-sahabat saya yang terlebih dahulu pergi.Sukar untuk saya menghuraikan maksud cendiakawan islam ini dalam ruang yang terhad ini.Saya berharap Allah permudahkan urusan saya.Moga Allah memakbulkan impian saya untuk menjadi seorang cendiakawan islam yang berminda negarawan..ameen

0 comments:

Post a Comment