Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Tuesday, February 23, 2010

Ya ALLAH..Ampunkanlah dosaku

Rasanya sudah lama saya meninggalkan laman blog ini tanpa sebarang berita.Kesibukan dan komitmen lain menyebabkan saya hampir melupai bahawa saya mempunyai blog.Pada saya blog ini bukan segala-galanya kerana banyak komitmen dan tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan.Hal ini kerana saya memegang amanah yang sangat berat dan tengah memikirkan bagaimana hendak berhadapan dengan Allah s.w.t. di hari akhirat nanti atas amanah yang tidak dilaksanakan.Jikalau mengimbau kembali detik-detik dahulu tidak terfikir di hati saya bahawa hari ini saya akan memimpin sebuah organisasi atau gerakan.Bahkan sewaktu darjah 1 cikgu ada bertanya "Syazwan! Apa cita-cita kamu?". ."Doktor"..itulah jawapan saya sebab kawan yang dok sebelah kata nak jadi doktor juga.Macam best je.Tapi bila masuk darjah 5 bila cikgu tanya saya jawab nak jadi jurutera sebab waktu tu dah terbuka sikit pemikiran.Bukan doktor saja kita boleh jadi..Bila masuk form 3 saya paling minat subjek sejarah dan menulis sajak sehingga kawan-kawan pun panggil A.Samad Said.Terdetik di hati untuk menjadi seorang ahli sejarawan yang berjiwa sasterawan yang ingin merungkai kembali fakta-fakta sejarah yang telah disembunyikan.Tapi bila masuk aliran sains di tingkatan 4 teringin pula nak jadi saintis Islam.Hasrat di hati nak menjadi seorang pakar dalam bidang teknologi nuklear.Hasrat yang terkubur.Memang cita-cita dan hasrat saya sering berubah mengikut keaadaan dan peluang.Sampai hari ini saya belum tahu apa-apa cita-cita sebenar saya.

Tetapi di saat ini saya sedar bahawa saya perlu bercita-cita untuk menjadi seorang mukmin yang taat melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya..Menjadi seorang anak yang soleh yang akan berbakti kepada ibu dan membalas jasanya yang telah membesar dan mendidik saya tanpa rasa jemu setelah ketiadaan ayah..Menjadi seorang adik yang sentiasa sabar mendengar rungutan dan leteran seorang kakak..Menjadi seorang abang yang mampu membimbing 2 orang adik yang yang masing-masing nakal dan degil serta seorang yang agak pendiam dan pasif…Menjadi seorang saudara yang sentiasa menghulurkan pertolongan kepada sanak-saudara…Dan menjadi seorang yang boleh berbakti kepada seluruh lapisan masyarakat…

Sewaktu di sekolah rendah dan sekolah menengah seingat saya tidak pernah saya menjadi ketua atau memegang sebarang jawatan.Bahkan tidak pernah terdetik hati untuk memegang jawatan.Lebih suka menjadi pengikut.Tambahan pula saya ni seorang yang pendiam bahkan tersenarai antara pelajar yang pediam sekali di sekolah ketika itu.Kalau ada anugerah untuk pelajar yang paling pendiam saya rasa boleh menang.Memang betul..dalam kelas bila cikgu sebut nama tanya soalan baru jawab..tu pun terketar-ketar.Cuma waktu form 5 tiba-tiba dilantik jadi pengawas sekolah.Mungkin sebab nampak macam pendiam dan sentiasa ikut peraturan.Kemudian terus dilantik jadi setiausaha pengawas sebab waktu tak ada sangat orang yang cekap dalam bidang kesetiausahaan.Yang pandai bercakap banyak la..
Apabila masuk ke alam universiti saya mula diberi jawatan-jawatan kecil secara berperingkat-peringkat sehingga mendapat amanah untuk menjadi seorang ketua untuk memimpin program dan persatuan.Di saat ini saya masih memegang tampuk kepimpinan persatuan dan memimpin gerakan.Maka persoalan amanah dan tanggungjawab sering menghantui diri ini siang dan malam.Malamnya mungkin menjadi mimpi.Siangnya pula menjadi realiti yang menanti.Bukan kerana banyaknya kerja atau letih tetapi terasa sangat berat di kepala amanah yang diberikan dan bagaimana hendak bertanggungjawab di hadapan Allah di hari Akhirat nanti.Juga memikirkan orang yang berada di bawah pimpinan kita akan menuntut penjelasan di atas kecuaian dan kealpaan amanah ini.Apabila bangun pagi pula dengan penuh rasa bersalah memikirkan amanah yang belum ditunaikan..Kalau amanah ini tidak berat mengapa bukit-bukau dan gunung-ganang yang terpasak kukuh tidak sanggup memikul amanah ini..Saidina Omar Al-Khattab ketika mula-mula dilantik menjadi khalifah memesan supaya menggunakan mata pedang ke atasnya sekiranya ia melanggar syariat Allah…Saidiana Omar juga juga pernah menangis apabila melihat seekor binatang ternakan mati kerana memikirkan bagaimana dia hendak menjawab di hadapan Allah s.w.t di atas kematian seekor binatang di dalam wilayah pemerintahannya.
Banyak yang perlu difikirkan apabila menjadi seorang pemimpin.Sikap-sikap atau prinsip-prinsip yang tidak sesuai harus digantikan.Kalau dulu kita malas berbicara dengan orang dan suka menyendiri tetapi sekarang kita harus manis mulut untuk berbicara…Kalau dulu kita selalu fikir untuk diri sendiri sahaja tapi sekarang kita harus berfikir untuk orang lain sama…Kalau dulu kita sering menyalahkan orang lain yang berada di atas kerana tidak melaksanakan tanggungjawab tetapi hari ini kita harus meletakkan kesalahan pada diri sendiri sekiranya kita tak melaksanakan tanggungjawab.
Berjiwa besar dan berpandangan jauh serta tajam pemikiran perlu ada ada bagi seorang pemimpin.Kalau orang lain berfikir bagaimana untuk membina sebuah rumah,kita harus berfikir bagaimana nak membina sebuah negara.Kita harus pandang jauh ke hadapan dan berfikir secara matang bagi setiap keputusan yang diambil.Jika tidak peristiwa kejatuhan Pulau Pinang di tangan Francis light akan berulang.Mungkin kejatuhan Kerajaan Abbasiyah di tangan tentera Monggol perlu menjadi iktibar.
"Ya Allah..aku hambaMu yang lemah..ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan dan amanah-amanah yang tidak ditunaikan.Ya Allah,aku rela sekiranya Engkau ingin menarik segala kenikmatan dunia di atas dosa-dosa yang aku lakukan tapi aku mohon padaMu Ya Allah agar tidak menarik kenikmatan di akhirat nanti.Ya Allah Engkau hidupkan aku sebagaimana hidupnya para ulama,Engkau matikan aku sebagaimana matinya para syuhada,Engkau kumpulkan aku di akhirat nanti bersama para Auliya' dan Engkau masukkan aku ke dalam syurga bersama para anbiya'..Ameen'

2 comments:

Aizat Salleh said...

Salam
Moga Allah ampunkanmu sahabatku..

ck said...

salam
kalau tidak kerana beratnya beban amanah ini mungkin kita tidak ada alasan untuk masuk ke syurgaNYA..
semoga ALLAH membantu dan mempermudahkan semua urusan hambaNYA yang meminta...

Post a Comment