Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Thursday, February 25, 2010

Syukran Ya Rasulullah..

Malu rasanya mengatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa

Kupujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya kuturuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya Rasul
Syafaatkan daku
Ya Rasulullah
Ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang kudambakan
Adalah cinta Allah yang esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah.

Mungkin bait-bait rangkap lagu nasyid dendangan kumpulan Hijjaz ini mungkin boleh menceritakan betapa malunya aku padamu Ya Rasulullah…

Ternyata sewaktu engkau melafazkan kalimah ini di hadapan paman Abu Thalib "Demi Allah! Jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini, sehingga Allah menampakkan untuknya bahwasanya yang celaka selain dia, saya tidak akan meninggalkannya”.Maka ketetapan hatimu ini meninggalkan hikmah yang besar kepada umatmu Ya Rasulullah untuk merasai nikmat Iman dan Islam.

Bagaimana engkau telah mendidik seorang yang bernama Abu Bakar menjadi seorang yang mempunyai keimanan yang tinggi dan membenarkan kata-katamu,melunakkan Umar bin al khattab yang garang,Ali bi Abi Thalib yang bijaksana…begitu juga Jaafar bin Abi Thalib yang tegar berbicara di hadapan raja An Najashi…Bagaimana dengan madrasahmu Ya Rasulullah lahirnya pemuda yang berjiwa besar seperti Usamah Bin Zaid,Ikrimah Abu Jahal dan Zaid Bin Harithah…..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

0 comments:

Post a Comment